Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Netanyahu tunda rombak badan hakim Israel

Mar 29, 2023 | 5:30 AM
KUNJUNGAN BERISIKO: Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, tiba di New York bagi persinggahan sensitif di Amerika Syarikat pada Rabu.
KUNJUNGAN BERISIKO: Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, tiba di New York bagi persinggahan sensitif di Amerika Syarikat pada Rabu. - REUTERS

BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, pada Isnin bersetuju untuk menangguhkan rundingan di Parlimen berhubung rancangan kontroversial untuk merombak badan kehakiman.

Menurut kenyataan parti sayap kanan Jewish Power, undang-undang yang dicadangkan akan ditangguh ke sesi Parlimen seterusnya untuk "meluluskan reformasi melalui dialog".

Gabungan pemerintahan Encik Netanyahu berdepan suasana huru-hara pada Isnin, selepas bantahan besar-besaran berhubung pemecatan ketua pertahanannya yang menimbulkan tekanan untuk menghentikan rancangan bagi merombak badan kehakiman.

Encik Netanyahu dijangka membuat kenyataan di televisyen pada Isnin pagi bagi mengumumkan rancangan untuk memulihkan keseimbangan kepada sistem pemerintah, satu langkah yang dilihat pengkritik sebagai ancaman kepada demokrasi.

Namun, kenyataan itu terpaksa ditangguhkan untuk memberikan masa bagi Encik Netanyahu bertemu ketua-ketua parti susuli laporan bahawa parti gabungan nasionalis-agama itu berisiko berpecah.

Sementara itu, puluhan ribu penunjuk perasaan kembali ke jalan raya di Tel Aviv dan Baitulmakdis, ramai yang mengibarkan bendera biru dan putih Israel yang telah menjadi lambang tunjuk perasaan.

"Demi perpaduan rakyat Israel, demi tanggungjawab, saya menyeru anda untuk menghentikan proses perundangan dengan segera," kata Presiden Isaac Herzog di Twitter, menggariskan masalah dan perpecahan yang dicetuskan oleh cadangan itu.

Ia menyusuli tunjuk perasaan yang dihadiri puluhan ribu penduduk di bandar-bandar seluruh Israel, berikutan pengumuman Encik Netanyahu bahawa beliau telah memecat Menteri Pertahanan, Encik Yoav Gallant, kerana menentang rancangannya.

Sehari sebelum itu, Encik Gallant telah membuat rayuan di televisyen agar pemerintah menghentikan rombakan sistem kehakiman, lantas memberi amaran bahawa perpecahan mendalam yang telah berlaku dalam masyarakat Israel telah menjejas tentera dan mengancam keselamatan negara. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg