Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

New Zealand buka semula masjid yang diserang

Mar 23, 2019 | 2:18 PM
DIBUKA SEMULA: Orang ramai berkumpul di luar Masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand, selepas ia dibuka semula pada 23 Mac 2019.
DIBUKA SEMULA: Orang ramai berkumpul di luar Masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand, selepas ia dibuka semula pada 23 Mac 2019. - Foto REUTERS

CHRISTCHURCH: Dua masjid di Christchurch, New Zealand, yang diserang seorang lelaki minggu lalu membuka semula pintunya kepada orang ramai hari ini (23 Mac).

Antara orang pertama yang kembali ke masjid itu termasuk individu yang terselamat daripada kejadian yang meragut nyawa 50 orang itu.

Di Masjid Al Noor, jemaah terus mendirikan solat sementara polis yang bersenjata terus mengawal kawasan di sekitarnya.

Encik Aden Diriye, yang kehilangan anak lelakinya yang berusia tiga tahun, Mucad Ibrahim, dalam kejadian itu kembali ke masjid tersebut bersama temannya hari ini untuk solat di sana.

Bagi Encik Ashif Shaikh, yang berada di Masjid Al Noor pada hari masjid itu diserang, kejadian itu tidak akan menghambatnya daripada terus beribadah di sana.

"Ini tempat kami solat, bertemu dan kami akan tetap kembali ke sini," kata Encik Ashif yang kehilangan dua teman serumahnya dalam serangan tersebut. -REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg