Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEKILAS

New Zealand haramkan TikTok pada peranti kerajaan

Mar 18, 2023 | 05:30 AM



SYDNEY: New Zealand mengharamkan TikTok pada peranti dengan akses kepada jaringan Parlimen, kerana khuatir akan keselamatan siber.



Tindakan terbaru negara itu, adalah untuk membataskan penggunaan aplikasi perkongsian video pada peranti yang ada kaitan dengan kerajaan.



Kebimbangan memuncak secara global tentang kemungkinan pemerintah China dapat mengakses lokasi pengguna dan data kenalan melalui syarikat induk China, ByteDance dan TikTok.



Kekhuatiran itu semakin serius minggu ini, apabila pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menuntut supaya pemilik Tik Tok China mempelbagai kepentingan mereka, atau aplikasi itu akan diharamkan oleh Amerika Syarikat.



Pengharaman di New Zealand itu akan berkuat kuasa hujung Mac 2023 ini. - Reuters.




Putera Harry cuba dapat tuntutan fitnah terhadap tabloid tanpa bicara



LONDON: Putera Harry, pada Jumaat, cuba mendapatkan tuntutan fitnahnya terhadap penerbit Associated Newspapers, tanpa kes itu dibicarakan, kata peguamnya, sedang anggota keluarga diraja Britain itu meningkatkan tindakan undang-undang terhadap akhbar tabloid tersebut.



Putera Harry, anak bongsu Raja Charles, menyaman Associated Newspapers pada 2022, berkaitan laporan dalam akhbar, Mail hujung minggu, yang mendakwa beliau cuba merahsiakan butir-butir mengenai kes lainnya dengan kerajaan Britain berkaitan pengaturan keselamatan.



Mahkamah Tinggi London, pada Julai 2022, memutuskan bahawa laporan akhbar Mail itu bersifat fitnah.



Ia membuka jalan bagi Putera Harry mengambil tindakan ke atas salah sebuah penerbit media terbesar di Britain itu.



Artikel itu menyebut bahawa Putera Harry, 38 tahun, cuba merahsiakan butir-butir kes tersebut, untuk mendapatkan semula perlindungan keselamatan polis - yang telah ditarik balik selepas beliau mundur daripada sebarang tugas diraja pada 2020. - Reuters.




Pemain bola sepak Sweden kecuali penjaga gawang terdedah kepada penyakit demensia



PARIS: Pemain bola sepak Sweden peringkat tertinggi - kecuali penjaga gawang - kemungkinan besar mengalami demensia berbanding orang awam, sejak abad yang lalu.



Demikian menurut dapatan satu kajian besar-besaran, pada Jumaat.



Golongan pakar berkata, kajian tersebut "menguatkan lagi bukti yang meyakinkan" berkaitan sukan paling popular di dunia itu dengan risiko tinggi gangguan otak, dan kecederaan di kepala dalam sukan-sukan lain seperti ragbi dan Liga Bola Sepak Kebangsaan Amerika Syarikat.



Walaupun kecederaan otak traumatik, seperti gegaran otak, jarang berlaku dalam permainan bola sepak berbanding sukan-sukan lain, aksi sering menanduk bola dalam permainan bola sepak, mempunyai kaitan dengan demensia.



Kajian baru itu, yang diterbitkan dalam jurnal, The Lancet Public Health, menganalisis catatan perubatan lebih 6,000 pemain bola sepak lelaki dalam kelab-kelab terkemuka Sweden dari 1924 hingga 2019.



Para penyelidik membuat perbandingan kadar gangguan otak mereka dengan 56,000 orang lelaki Sweden yang berusia lanjut.



Kadar para pemain bola sepak berkemungkinan menghidap penyakit Alzheimer dan lain-lain jenis demensia, adalah 1.5 kali lebih berbanding kumpulan lain. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >