Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

New Zealand henti kewajipan ambil vaksin di beberapa sektor

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

PEMULIHAN TIDAK SEIMBANG COVID-19 DI SELURUH DUNIA

New Zealand henti kewajipan ambil vaksin di beberapa sektor

Mar 24, 2022 | 05:30 AM

WELLINGTON: Kerajaan New Zealand berkata, ia akan menghentikan kewajipan mengambil vaksin untuk beberapa sektor, termasuk perguruan dan polis, mulai 4 April ini memandangkan penularan Covid-19 hampir ke kemuncaknya.

Tindak balas New Zealand dalam menangani pandemik mendapat perhatian luar negara kerana berupaya mengekalkan kadar kemasukan ke hospital dan kematian ke tahap rendah.

Bagaimanapun kemarahan orang awam terhadap sekatan domestik terus meningkat, mencapai kemuncak awal bulan ini semasa bantahan ganas di luar bangunan parlimen di Wellington.

Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, semasa di sidang akhbar berkata, hanya mereka yang bekerja dengan golongan rentan seperti dalam sektor kesihatan dan penjagaan warga tua dan pekerja di sempadan, perlu divaksinasi mulai 4 April ini.

Pas vaksin juga tidak lagi diwajibkan bagi mengunjungi restoran, kedai kopi dan tempat awam lainnya, tambah beliau.

"Dengan lebih banyak peralatan dan salah satu populasi dengan jumlah vaksinasi paling tinggi di dunia, kita boleh terus melangkah ke depan dengan selamat," kata Cik Ardern semasa beliau mengumumkan penarikan balik pengambilan vaksin.

Lebih 95 peratus populasi New Zealand berusia 12 tahun ke atas telah menerima dua vaksinasi.

Dengan lebih 500,000 disahkan positif dalam sebuah negara 5 juta, virus Covid-19 kini berleluasa.

Cik Ardern berkata, dengan kemuncak pandemik koronavirus di kota terbesar New Zealand, Auckland, telah berlalu dan seluruh negara menjangka kes jangkitan akan memuncak sebelum 5 April ini, kewajipan untuk divaksinasi tidak lagi diperlukan.

"Dengan kes semakin merosot, telah tiba masa untuk kita mengambil langkah lanjut dengan yakin dalam mempertingkat kelalian dan perlindungan yang telah kita bangunkan," katanya.

Langkah ini dibuat seminggu selepas kerajaan Kiwi mengumumkan ia akan membuka sempadan untuk rakyat Australia mulai pertengahan April dan untuk mereka yang mengikuti program pengecualian visa mulai Mei.

Seminggu lalu, Cik Ardern berkata negara itu bersedia untuk mengalu-alukan dunia kembali.

"Saya berbangga bahawa New Zealand adalah sebuah negara yang mampu menyediakan tempat selamat untuk pelancong kami pada masa ini.

"Warga Australia yang diberi vaksin boleh melawat tanpa menjalani kuarantin atau pengasingan diri mulai April, bukannya pada Julai seperti dirancang pada asalnya," katanya.

Pelancong dari negara yang mempunyai perjanjian bebas visa dengan New Zealand - termasuk pasaran utama di Hemisfera Utara, Jepun, Singapura, Korea dan Taiwan - akan dibenarkan melakukan perkara sama mulai 1 Mei ini.

Cik Ardern menyifatkan perubahan itu sebagai rangsangan besar bagi industri pelancongan New Zealand yang sedang bergelut.

"Kami bersedia melangkah dengan selamat ke lembaran baharu pengurusan pandemik kami, perubahan ini membawa peluang ekonomi yang besar," katanya.

New Zealand mengalu-alukan 3.9 juta ketibaan antarabangsa pada 2019, namun sempadan ditutup pada Mac 2020 ketika Covid-19 melanda dunia. - Reuters, AFP

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3