Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

New Zealand kesan 3 kes baru jangkitan Covid-19

Jan 29, 2021 | 05:30 AM



WELLINGTON: New Zealand melaporkan 3 kes baru Covid-19 semalam, penambahan dari kes yang dilaporkan sebelum ini.



Tiga kes import itu tiba dari Britain dan Japan.



Menurut Kementerian Kesihatan, kesemuanya sudah dipindahkan ke pusat kuarantin di Auckland.



Dalam satu kenyataan kementerian tersebut berkata ujian keseluruhan genom yang dilakukan telah mengesahkan dua kes baru Covid-19 yang dilaporkan kelmarin diperhatikan mengandungi varian Afrika Selatan.



"Menurut maklumat yang kami terima, kes ini mempunyai kaitan rapat dengan pusat kuarantin Pullman Hotel.



"Bagaimanapun, ujian masih dijalankan untuk mengetahui bagaimana kes-kes ini berhubung kait dengan kes di Northland," kata kementerian itu.



Kedua kes kini sudah dipindahkan ke pusat kuarantin di Auckland, berasingan dari Pullman Hotel. Anggota keluarga ketiga yang didapati negatif Covid-19 kini diasingkan di rumah.



Kementerian kini sedang menunggu keputusan ujian kontak rapat mereka yang terbabit.



Sebelum ini, kes pertama Covid-19 dalam kalangan masyarakat di New Zealand, setelah lebih dua bulan, dikenal pasti sebagai varian Afrika Selatan.



Kes tersebut melibatkan seorang warga New Zealand berumur 56 tahun, yang baru sahaja pulang dari Eropah disahkan positif pada hari Sabtu, 10 hari selepas menjalani kuarantin wajib.



New Zealand mendapat pujian antarabangsa kerana bijak menangani pandemik ini, dengan hanya 25 kematian dari 1,927 kes virus yang daripada lima juta penduduk.



Penularan tempatan itu yang pertama dilaporkan di New Zealand sejak pertengahan November lalu, juga diklasifikasikan sebagai jenis yang mudah berjangkit.



"Jenis jangkitan adalah varian Afrika Selatan, dan sumber jangkitan pula kemungkinan besar membabitkan pengunjung lain," ujar Menteri Kesihatan New Zealand, Encik Chris Hipkins.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini melaporkan, tidak ada bukti jelas yang varian Afrika Selatan membawa kepada kesan jangkitan teruk dan kematian yang lebih tinggi. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >