WELLINGTON - New Zealand kini sedang melonggarkan sekatan terhadap perhimpunan dengan meningkatkan had jumlah hadirin daripada 10 hingga 100 orang, kata Perdana Menteri Cik Jacinda Ardern pada Isnin (25 Mei).
Ini diumumkan sedang negara itu turut melonggarkan langkah-langkah bagi mencegah penularan koronavirus yang lain.
Pihak berkuasa akan pertimbangkan taraf amarannya yang kini berada di Taraf Dua pada 8 Jun, kata Cik Ardern sewaktu sidang media sebelum mesyuarat Kabinet.
Tambahnya, langkah pemindahan ke Taraf Amaran Satu akan dipertimbangkan pada tarikh yang tidak melepasi 22 Jun nanti. - Reuters.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg