Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PASCAPILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

NGO bimbang pos media sosial dibayar sebar sentimen anti-Cina, anti-DAP

Dakwa pos berkaitan rusuhan 13 Mei muncul lepas PRU15 konsisten dengan kempen PN burukkan PH
Nov 24, 2022 | 05:30 AM



SEKUMPULAN pertubuhan bukan pemerintah (NGO) di Malaysia telah menyuarakan keprihatinan dan mendakwa ada tindakan yang diselaraskan di media sosial untuk memupuk sentimen anti-Cina dan anti-DAP.



DAP merujuk kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang merupakan parti komponen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) negara itu.



Pos media sosial itu berupa hasutan yang menonjolkan agenda anti-DAP, selain menyokong kerajaan yang diterajui Perikatan Nasional (PN), kata gugusan NGO itu dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan mereka.



Kenyataan itu mewakili Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Arkitek Kepelbagaian (AOD), Keadilan untuk Wanita, Beyond Borders, Sister In Islam (SIS), Rangkaian KRYSS, Persatuan Sahabat Wanita Selangor dan Pusat Komas.



Ia antara lain mengatakan: "Pos-pos ini menunjukkan trend yang termasuk mengubah sejarah pada 13 Mei 1969, termasuk menjadikan DAP punca rusuhan perkauman (yang berlaku pada hari itu).



"Pos-pos itu biasanya melibatkan atau merujuk kepada video mengandungi senjata... diiringi pesanan yang memberi amaran kepada kumpulan majoriti Melayu supaya berjaga-jaga terhadap DAP dan PH.



"Pos-pos itu juga memberi ancaman termasuk kemunculan semula gangguan perkauman."



Kenyataan itu juga mendakwa PN telah mendapatkan khidmat agensi profesional untuk menyelaras pesanan-pesanan itu.



Pengarah eksekutif CIJ, Cik Wathshlah Naidu, berkata pos-pos itu, yang tular di berbilang wadah termasuk Twitter, juga melibatkan pos berbayar yang diterbitkan oleh penghasil kandungan muda.



"Kandungan seperti ini, yang menggu-nakan insiden 13 Mei, mencetus kegerunan, memecah belah masyarakat yang sememangnya berpecah belah mengikut garisan kaum dan agama.



"Ia juga menghasut penggunaan keganasan dengan menggunakan ketegangan sosial yang meningkat," kata beliau.



Anggota pengasas Keadilan untuk Wanita, Cik Thilaga Sulathireh, berkata kandungan 13 Mei yang muncul selepas PRU15 konsisten dengan kempen PN bagi pilihan raya, dengan ia dikatakan memburukkan PH dan kepimpinannya untuk mempengaruhi pandangan pengundi terhadap gabungan itu.



Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPM) supaya menyiasat taktik pilihan raya PN untuk menetapkan apakah ia selaras dengan Seksyen 4(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya.



Undang-undang itu menyatakan seseorang yang menyatakan hujah yang diketahui palsu berhubung pilihan raya boleh dihukum penjara atau denda.



Orang yang didapati bersalah juga tidak boleh dipilih (menganggotai kerajaan) dan tidak boleh berkhidmat selama lima tahun selepas didapati bersalah.



"Parti politik bertanggungjawab untuk berhenti memanipulasi dan menggunakan naratif kebencian dan sebaliknya memberi tumpuan pada pentadbiran baik.



"Yang diperlukan Malaysia ialah kepimpinan politik yang menangani isu kemelesetan ekonomi, menjana pelaburan, mengurangkan pengangguran dan krisis iklim," kata Cik Wathshlah.



Sebelum PRU15, CIJ dan rakan-rakan kongsinya melancarkan laman web yang memantau hujah kebencian berdasarkan jangkaan hujah kebencian dan maklumat palsu akan disebar dengan lebih giat menerusi media sosial semasa PRU15.



Laman web "Say No to Hate Speech" atau "Tolak Hujah Kebencian" itu bertujuan menggalak rakyat Malaysia melaporkan sebarang hujah kebencian yang dilihat, selain menambah kesedaran awam tentang hujah kebencian. - Agensi berita.




"Parti politik bertanggungjawab untuk berhenti memanipulasi dan menggunakan naratif kebencian dan sebaliknya, memberi tumpuan pada pentadbiran baik. Yang diperlukan Malaysia ialah kepimpinan politik yang menangani isu kemelesetan ekonomi, menjana pelaburan, mengurangkan pengangguran dan krisis iklim."
- Cik Wathshlah Naidu, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >