Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Mar 03, 2020 | 05:30 AM



Marina Mahathir antara aktivis disiasat berkaitan tunjuk perasaan



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia membuka kertas siasatan berkaitan tunjuk perasaan di pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur kelmarin, yang antara lain dihadiri aktivis Marina Mahathir, anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Ambiga Sreenevasan.



Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata demikian pada satu sidang akhbar di Bukit Aman semalam.



Beliau menambah bahawa butiran lanjut perkara itu ada pada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed.



Ketika ditanya, Encik Huzir berkata kertas siasatan dibuka semalam berikutan satu laporan polis yang dibuat mengenainya.



Ditanya apakah Cik Marina dan Cik Ambiga akan dipanggil ke Bukit Aman untuk disoal siasat, beliau berkata: “Saya tak tahu. Kami sedang menyenaraikan mereka yang hadir di situ semalam.”



Beliau berkata peguam Fadiah Nadwa Fikri akan dipanggil untuk disoal siasat esok.



“Dia sudah dimaklumkan,” katanya, sambil menambah bahawa peguam itu akan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman dan juga Akta Hasutan.



“Dia kata demokrasi telah mati,” katanya kepada pemberita.



Dalam satu pos di Twitter pada Ahad lalu, Cik Fadiah berkata beliau dijadikan sasaran selepas perhimpunan di Dataran Merdeka itu, selain disiasat kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian.



Menurut Cik Fadiah beliau disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia. – Agensi berita.




Mahathir kerja seperti biasa walau bukan lagi PM



PETALING JAYA: Walaupun tidak lagi memimpin negara, semalam tetap hari kerja seperti biasa bagi mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas seminggu krisis politik yang menyaksikan perpecahan pakatannya dan pelantikan seorang perdana menteri baru.



Berpegang pada prinsip kerja tiada kesudahan, Dr Mahathir tiba di pejabatnya di Putrajaya pada 9.30 pagi.



Dalam video yang dikongsi di media sosial, beliau dirakam memasuki Yayasan Kepimpinan Perdana, memberi makan ikan di pintu masuk dan berbual dengan kakitangan yang menyapanya.



“Ada banyak perkara saya hendak tulis,” katanya sambil menuju ke pejabatnya.



Seorang pembantu memberitahu laman berita Free Malaysia Today (FMT) beberapa janji temu bersama Ahli Parlimen Langkawi itu sudah diatur. Tahun lepas, apabila FMT berpeluang mengikuti pemimpin berusia 94 tahun itu selama sehari di pejabatnya, Dr Mahathir bercakap tentang betapa pentingnya kerja.



“Untuk terus hidup, anda mesti bekerja. Jika anda berhenti bekerja, anda akan mati. Jadi saya perlu bekerja,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >