Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nora Anne dijumpai mati, bogel di hutan Malaysia

Aug 14, 2019 | 11:34 AM



SEMALAM, polis Malaysia menjumpai mayat Nora Anne, remaja Irish yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di Negeri Sembilan.



Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop, memberitahu wartawan bahawa ibubapa remaja yang hilang itu sudahpun mengenal pasti jenazah anak perempuan mereka di rumah mayat Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.



Mayat bogel Nora Anne Quoirin, 15 tahun, ditemui pada 1.57 petang di kawasan hutan berbukit di Seremban, hanya 2km dari resort eko Dusun di mana keluarga itu tinggal, Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor melaporkan di satu sidang akhbar semalam.



Mayat telah diterbangkan menggunakan helikopter ke hospital, di mana keluarga Nora telah mengenal pasti jenazahnya. 



The Lucie Blackman Trust, sebuah yayasan yang menyokong keluarga warga Britain yang hilang atau dibunuh di luar negara, berkata ia "mengesahkan dengan rasa teramat sedih bahawa badan yang ditemui hari ini (semalam, 13 Ogos) adalah remaja Nora Quoirin yang hilang. Polis tempatan telah mengesahkan identitinya.”



Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Nora Anne membabitkan 353 anggota, pasukan SAR terbesar setakat ini.



Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, pada 4 Ogos lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >