Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nora mati akibat kebocoran usus

Aug 15, 2019 | 03:16 PM



HASIL bedah siasat yang dijalankan terhadap Nora Anne Quoirin, 15 tahun, mendapati punca kematian disebabkan kebocoran pada usus akibat tidak makan dalam tempoh panjang, menurut laporan MyMetro.



Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, remaja warga Ireland itu meninggal dunia dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum mayatnya ditemui 1.57 tengah hari kelmarin.



“Hasil bedah siasat oleh pakar patologi yang memakan masa 10 jam semalam mendapati Nora Anne mati dalam masa dua hingga tiga hari sebelum ditemui.



“Punca kematian adalah disebabkan kebocoran usus kerana tidak makan untuk tempoh yang panjang dan stres yang berpanjangan," katanya semasa sidang media di Seremban, hari ini.



Proses bedah siasat telah dikendalikan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng dan Pakar Forensik HTJ, Dr Hanif Mohammad.



Mereka dibantu pakar dari Jabatan Kimia, Dr Aidora Saedon dan dari Jabatan Forensik, Sufian Arshad Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >