Premium
Norman KRU nafi terlibat terbitkan video
Jun 18, 2019 | 5:30 AM
DATUK NORMAN: Sangat terkejut dan sedih apabila beberapa kenalan menghantar pautan sebuah blog yang mengaitkannya dengan beberapa tokoh politik kononnya dalang konspirasi video itu. -
KUALA LUMPUR: Datuk Norman Abdul Halim, atau Norman KRU, menafikan beliau antara dalang yang menerbitkan video lucah yang kononnya membabitkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Encik Haziq Abdullah Abdul Aziz, bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tular.
Encik Haziq mengaku beliau salah seorang lelaki dalam video itu dan mendakwa lelaki kedua ialah Datuk Azmin, yang menafikan dakwaan itu sebagai rancangan jahat hendak menjatuhkan beliau. Mereka anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

