OSLO: Perdana Menteri Norway Erna Solberg berkata beliau tidak akan tunduk kepada permintaan bagi tebusan oleh militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) seorang rakyat negara itu yang dijadikan tebusan di Syria sejak Januari lalu.
"Matlamat kami ialah memastikan warga kami dapat pulang. Biar saya jelaskan - ini merupakan kes yang mencabar," katanya dalam satu sidang akhbar semalam.