Novavax mohon diserta dalam senarai vaksin kecemasan WHO

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Novavax mohon diserta dalam senarai vaksin kecemasan WHO

Sep 25, 2021 | 5:30 AM

Novavax mohon diserta dalam senarai vaksin kecemasan WHO

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
VAKSIN COVID-19: Novavax serta rakan pengeluarnya, Institut Serum India, membuat komitmen untuk menyediakan lebih 1.1 bilion dos kepada kemudahan program perkongsian vaksin WHO, Covax, untuk penggunaan kecemasan. - Foto REUTERS
VAKSIN COVID-19: Novavax serta rakan pengeluarnya, Institut Serum India, membuat komitmen untuk menyediakan lebih 1.1 bilion dos kepada kemudahan program perkongsian vaksin WHO, Covax, untuk penggunaan kecemasan. - Foto REUTERS -

NEW DELHI: Novavax Inc dan rakan kerjanya, Institut Serum India telah membuat permohonan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memasukkan vaksin Covid-19 keluaran Novavax di bawah senarai penggunaan kecemasan.

Dalam kenyataan syarikat itu kelmarin, Novavax dan Institut Serum India, pengeluar vaksin terbesar dunia, memberi komitmen untuk menyediakan secara bersama lebih 1.1 bilion dos kepada kemudahan program perkongsian vaksin WHO, Covax.

Ia bertujuan untuk menawarkan akses vaksin Covid-19 lebih saksama ke negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Senarai penggunaan kecemasan WHO itu adalah isyarat kepada pihak berkuasa kawal selia nasional bagi keselamatan dan keberkesanan sesuatu produk.

Ia juga merupakan syarat untuk mengeksport ke beberapa negara yang mengambil bahagian dalam kemudahan perkongsian vaksin, Covax.

Suntikan Novavax adalah vaksin yang berasaskan protein dan menunjukkan keberkesanan keseluruhan sebanyak 90.4 peratus dalam ujian di Amerika Syarikat dan Mexico.

Menurut syarikat itu, vaksin berasaskan protein Covid-19 berkesan lebih daripada 93 peratus berbanding varian utama Covid-19 yang menjadi perhatian utama saintis dan pegawai kesihatan awam.

Kajian klinikal melibatkan hampir 30,000 sukarelawan di Amerika Syarikat dan Mexico.

Pada Julai lepas, Covax menyasarkan jumlah keseluruhan sebanyak 1.8 bilion dos vaksin akan diedarkan pada tahun ini.

Novavax optimis untuk menghasilkan 100 juta dos sebulan menjelang suku ketiga 2021 dan 150 juta dos sebulan menjelang suku keempat tahun ini. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg