Topik diikuti
Pergi ke BHkuNurul Izzah akan disiasat berkaitan beli maklumat transaksi 1MDB
Premium
Nurul Izzah akan disiasat berkaitan beli maklumat transaksi 1MDB
Sep 17, 2015 | 1:33 PM
Nurul Izzah akan disiasat berkaitan beli maklumat transaksi 1MDB
Cik Nurul Izzah (kiri) bersama ibunya, Dr Wan Azizah, yang juga ketua pembangkang Malaysia, semasa menyertai bantahan Bersih 4 di Kuala Lumpur pada Ogos. Gambar AFP -
KUALA LUMPUR: Naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Cik Nurul Izzah Anwar, orang terkini yang akan disiasat berkaitan dakwaan beberapa akhbar Umno bahawa beliau membuat tawaran membeli maklumat curi mengenai transaksi antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan PetroSaudi International.
Peguam Cik Nurul Izzah, Cik Latheefa Koya, memberitahu portal berita The Malaysian Insider polis datang mencari ahli parlimen Lembah Pantai itu di pejabatnya tetapi beliau tiada.
