Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nurul Izzah kahwin dengan penyelidik

Aug 07, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Selepas kira-kira tujuh tahun bergelar ibu tunggal, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Cik Nurul Izzah Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Encik Yin Shao Loong, kelmarin.



Perkahwinan itu diumumkan oleh pasangan pengantin baru terbabit menerusi kenyataan media mereka yang dikongsi dalam akaun Facebook Cik Nurul Izzah Anwar, tengah malam kelmarin.



"Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.



"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir." (QS. Ar-Rum: 21)



"Kami memohon doa kalian semua - agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah swt," ungkap pasangan itu dalam kenyataan terbabit.



Cik Nurul Izzah, 42 tahun, yang juga anak sulung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, tetapi berakhir dengan perceraian pada 2015.



Difahamkan, sebelum ini Encik Yin pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Institut Rakyat, yang diketuai oleh Cik Nurul Izzah.



Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik Pejabat Menteri Besar Selangor ketika pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >