Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nurul Izzah luah kesedihan keguguran anak ke-4

Jan 26, 2023 | 5:30 AM
'HILANG ANAK' KETIKA JALANKAN TUGAS: Menurut Nurul Izzah beliau kehilangan anak keempatnya yang belum lahir ketika menjalankan tugas, termasuk berulang-alik antara Pulau Pinang dengan Putrajaya. Beliau kelihatan bersama ayah PM Anwar dan ibu Datuk Seri Dr Wan Azizah. - Foto FACEBOOK NURUL IZZAH ANWAR
'HILANG ANAK' KETIKA JALANKAN TUGAS: Menurut Nurul Izzah beliau kehilangan anak keempatnya yang belum lahir ketika menjalankan tugas, termasuk berulang-alik antara Pulau Pinang dengan Putrajaya. Beliau kelihatan bersama ayah PM Anwar dan ibu Datuk Seri Dr Wan Azizah. - Foto FACEBOOK NURUL IZZAH ANWAR -

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen (AP) Permatang Pauh, Cik Nurul Izzah Anwar, berkongsi di media sosial bahawa beliau baru-baru ini mengalami keguguran.

Dalam catatan Facebook, beliau yang juga anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau kehilangan anak keempatnya yang belum lahir ketika menjalankan tugas, termasuk berulang-alik antara Pulau Pinang dengan Putrajaya.

Dalam perkongsian itu, Cik Nurul Izzah memuat naik gambarnya berpelukan dengan kedua ibu bapanya, Datuk Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sambil berkata mungkin itu kali pertama mereka bertiga berpelukan sejak 19 November 2022.

"Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan.

"Terlalu banyak yang kami lalui bersama - selesai berkempen, sempat pula dijangkiti Covid-19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat.

"Kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya, dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone (anak kecil ini sudah tiada lagi).

"Sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Syukur Alhamdulillah.

"Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza," katanya.

Walaupun kehilangan bayi dikandungnya, Nurul Izzah tetap kuat menempuhi ujian apabila beliau menegaskan tetap mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah kepadanya.

Selain titipan doa sebagai penguat diri, beliau berkata anaknya turut menjadi penggalak kepadanya untuk terus kuat meniti ujian Yang Maha Esa.

"Sama ada di senyum Safiyah, Harith dan Yu Zhou - atau pada hangat pelukan papa dan mama saya sendiri, setiap momen bermakna," katanya.

Cik Nurul Izzah berkahwin dengan penyelidik kanan Institut Penyelidikan Khazanah, Encik Yin Shao Loong, Ogos tahun lalu.

Cik Nurul Izzah mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan pertamanya, manakala Encik Yin memiliki seorang anak daripada perkahwinan sebelumnya.

Beberapa pemimpin turut mengucapkan takziah kepada Cik Nurul Izzah termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Encik Steven Sim; Menteri Belia dan Sukan, Cik Hannah Yeoh; dan AP Bayan Baru, Encik Sim Tze Tzin. - BHM, Malaysiakini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg