Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nusantara, ibu kota baru Indonesia, rancak dibangun

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Pembinaan awal ibu kota baru Indonesia, Nusantara, kini sedang dijalankan, umum Presiden Joko (Jokowi) Widodo semasa satu lawatan menandakan beberapa kemajuan dalam projek bernilai AS$32 bilion ($44 bilion), yang diragui sebilangan pakar akan menjadi kenyataan.



Projek mega itu, bahagian penting agenda ekonomi Encik Widodo, akan menyaksikan Indonesia memindahkan ibu kotanya dari Jakarta yang sesak teruk ke kawasan kurang membangun di pulau Borneo.



Encik Jokowi melawat satu tapak empangan di situ kelmarin dan berkata pembinaan dijadual bermula bulan depan bagi satu jalan baru ke Nusantara.



"Kewujudan empangan ini menunjukkan pembangunan prasarana asas telah bermula," katanya dalam satu kenyataan.



Parlimen Indonesia meluluskan satu rang undang-undang pada Januari lalu yang menyediakan rangka kerja undang-undang bagi pembangunan ibu kota baru, yang sehingga kini merupakan kemajuan paling ketara daripada idea yang diutarakan selama beberapa dekad.



Namun satu tinjauan yang dikeluarkan bulan ini oleh Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia mendapati hampir 59 peratus daripada 170 pakar yang ditanya melahirkan rasa tidak pasti Nusantara akan menjadi kenyataan, menukil ketidakpastian mengenai pembiayaan dan pengurusan.



Sebelum ini dilaporkan bahawa dianggarkan 19 peratus pembiayaan akan ditampung oleh belanjawan negara, dengan baki dana daripada perkongsian awam-swasta dan pelaburan swasta, menurut Agensi Perancangan Pembangunan Nasional Indonesia.



Ibu kota Nusantara, yang terletak di Kabupaten Penajam Paser Utara, wilayah Kalimantan Timur, dijadual dibuka secara rasmi pada Oktober 2024, apabila penggal Encik Jokowi sebagai presiden berakhir.



Penyiapan sepenuhnya projek mega itu dijangka dalam tempoh 15 hingga 20 tahun.



Jakarta, dengan penduduk lebih 10 juta orang, telah selama beberapa dekad menjadi ibu kota pentadbiran Indonesia, serta hab kewangan dan perniagaan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >