Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Nusantara - nama ibu kota baru Indonesia di Kalimantan Timur

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Ibu kota baru Indonesia di Kalimantan Timur akan dinamakan Nusantara, dengan Parlimen negara itu semalam meluluskan satu rang undang-undang untuk memindahkan ibu kota dari Jakarta ke pulau Borneo itu.



Menteri Perancangan Pembangunan Indonesia, Encik Suharso Monoarfa, berkata nama itu dipilih dan disahkan Presiden Joko Widodo (Jokowi).



"Pilihan (nama) itu dibuat kerana Nusantara sudah diketahui sejak dulu, selain ia ikon antarabangsa dan menggambarkan Indonesia," katanya.



Bagi memulakan pemindahan itu, satu undang-undang ibu kota baru, yang menyediakan rangka kerja undang-undang bagi cadangan bercita-cita tinggi Presiden Jokowi itu, menetapkan cara pembangunan ibu kota bernilai AS$32 bilion ($43 bilion) itu akan dibiayai dan ditadbir.



"Ibu kota baru itu akan mempunyai kuasa pusat dan merupakan simbol identiti negara, serta pusat graviti ekonomi baru," kata Encik Suharso kepada Parlimen semalam selepas rang undang-undang itu diluluskan.



Kawasan ibu kota baru itu akan meliputi kawasan utama seluas 56,180 hektar di wilayah Kalimantan Timur.



Rancangan memindahkan pusat pemerintah dari Jakarta, sebuah bandar mega sibuk dengan 10 juta penduduk yang mengalami kesesakan kronik, banjir dan pencemaran udara, telah diusulkan beberapa presiden, tetapi tidak ada yang berjaya sejauh ini.



Pada 2019, Presiden Jokowi mengumumkan ibu kota Indonesia akan dipindahkan ke kawasan Penajam Paser Utara dan Kutai Kartanegara di Kalimantan Timur, namun pelaksanaannya ditunda dek Covid-19. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >