Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

NZ catat pertumbuhan penduduk terbesar dalam tempoh 3 tahun

Feb 21, 2023 | 05:30 AM



WELLINGTON: New Zealand mencatatkan bilangan pertumbuhan penduduk suku tahunan terbaik dalam masa hampir tiga tahun, berikutan kelonggaran kawalan di perbatasan selepas Covid-19, yang melihat kemasukan sebilangan migran ke negara itu.



Pertambahan penduduk itu dianggarkan sekitar 21,600 atau 0.4 peratus, dalam masa tiga bulan sehingga Disember 2022, menurut perangkaan New Zealand, pada Isnin di Wellington.



Itu adalah tambahan paling tinggi sejak suku pertama 2020 dan menjadikan bilangan penduduk meningkat kepada 5,151,600 orang.



Kemasukan dalam masa suku tahun itu mencapai purata pertumbuhan dalam masa lima tahun sebelum pandemik Covid-19.



Perkembangan itu memberi petanda bahawa bekalan tenaga kerja di negara itu kini semakin pulih.



New Zealand menutup perbatasannya kepada hampir semua pendatang asing dalam Mac 2020 dan hanya dibuka sepenuhnya pada lewat 2022.



Ketiadaan pekerja migran telah mengakibatkan inflasi gaji dan memaksa bank pusat mengambil langkah meningkatkan kadar faedah yang lebih tinggi.



New Zealand menambah sekitar 16,300 migran pada suku tahun - yang paling ramai sejak awal 2020 - sementara tambahan penduduk secara alami hanya 5,300 orang.



Penduduk negara itu meningkat sekitar 35,200 orang atau sekitar 0.7 peratus dalam 2022 berbanding hanya 12,700 orang dalam 2021. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >