Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

NZ gantung gelembung perjalanan bebas kuarantin bersama Australia

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



WELLINGTON: New Zealand menggantung rancangan mengadakan gelembung perjalanan bebas kuarantin bersama Australia selama lapan minggu lagi, bagi mengurangkan risiko varian Delta Covid-19 diimport dari sana.



Rancangan membolehkan perjalanan bebas kuarantin itu digantung pada 23 Julai, hanya beberapa minggu selepas ia dilancarkan, apabila jangkitan disebabkan varian Delta menular pantas di Sydney dan Melbourne di Australia.



Ia dijangka dilaksana semula pada 24 September.



Namun, New Zealand, yang telah beberapa bulan tidak melaporkan kes baru Covid-19, terpaksa melaksana perintah sekatan di kota terbesarnya Auckland bulan lalu, selepas varian Delta didapati memasuki negara itu dari Australia.



Buat masa ini, Auckland masih dikenakan perintah sekatan itu, sementara tempat lain di New Zealand telah dibuka semula.



"Kami telah mencapai kemajuan hebat dalam usaha menangani penularan terkini dan sedang berusaha gigih melonggarkan sekatan minggu depan.



"Pada masa ini, membuka semula perjalanan bebas kuarantin bersama Australia boleh mengancam kemajuan yang dicapai ini," kata Menteri bagi Respons Covid-19, Encik Chris Hipkins, melalui satu kenyataan.



Beliau berkata pemerintah akan menyemak keputusan itu pada pertengahan November.



Semalam, New Zealand melaporkan 11 kes baru Covid-19 - tanda yang ia telah berjaya mengawal semula penularan yang masa ini menyebabkan lebih 1,000 jangkitan.



Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata New Zealand kini berada diambang menghapuskan penularan varian Delta dan sedang merancang membuka semula sempadannya secara bertahap mulai awal tahun depan.



Tindakan Cik Ardern mengenakan sekatan menyeluruh dan menutup sempadan antarabangsa membantu New Zealand menyekat penularan Covid-19, tetapi pemerintahannya dikecam kerana lambat melaksana program vaksinasi, yang didakwa mendedahkan sebahagian besar penduduknya kepada varian Delta.



Program itu telah dipertingkat, dengan negara itu membeli dos vaksin tambahan dari Sepanyol dan Denmark.



Australia juga telah mempergiat usaha memvaksinasi penduduknya.



Pemerintah negara itu berikrar akan melonggarkan beberapa sekatan bagi warga yang telah divaksinasi, meskipun Queensland, negeri kedua terbesar di negara itu, melaporkan lonjakan besar jangkitan Covid-19 awal minggu ini - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >