Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

NZ perkenal rang yang perlu syarikat digital gergasi bayar bagi berita setempat

Dec 06, 2022 | 05:30 AM



WELLINGTON: Kerajaan New Zealand mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan undang-undang yang memerlukan syarikat gergasi digital dalam talian seperti Alphabet Google dan Meta Platforms agar membayar syarikat media New Zealand bagi kandungan berita tempatan yang dipaparkan dalam laman berita mereka.



Menteri Penyiaran, Encik Willie Jackson, berkata dalam satu kenyataan bahawa undang-undang itu akan dimodelkan pada undang-undang yang sama di Australia dan Canada dan beliau berharap ia akan bertindak sebagai insentif bagi platform digital untuk mencapai perjanjian dengan saluran berita tempatan.



"Media berita New Zealand, terutamanya akhbar serantau dan komuniti kecil, sedang bergelut untuk kekal berdaya maju dari segi kewangan apabila lebih banyak pengiklanan beralih dalam talian," kata Encik Jackson.



"Adalah penting bahawa mereka yang mendapat manfaat daripada kandungan berita mereka harus membayarnya."



Perundangan baru itu akan diundi di Parlimen di mana majoriti Parti Buruh yang memerintah dijangka meluluskannya.



Negara jiran, Australia memperkenalkan undang-undang sama pada 2021 yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk membuat syarikat Internet merundingkan tawaran bekalan kandungan dengan saluran media.



Satu laporan agensi kerajaan Australia baru-baru ini mendapati undang-undang tersebut didapati telah meraih manfaatnya.



Namun, undang-undang yang berkuat kuasa pada Mac 2021 itu selepas perbincangan dengan firma teknologi besar sebelumnya yang telah menyebabkan penutupan sementara paparan berita Facebook di Australia, mungkin perlu diperluaskan ke platform dalam talian lain, kata laporan semakan itu.



Sejak Kod Perundingan Media Berita berkuat kuasa, firma teknologi telah menandatangani lebih 30 tawaran dengan saluran media, memberi pampasan kepada mereka bagi kandungan yang menjana klik dan dolar pengiklanan, kata laporan jabatan Perbendaharaan, yang diterbitkan lewat Khamis lalu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >