Premium
Obama bercuti di Kepulauan Virgin British
Feb 9, 2017 | 5:30 AM
BERIADAH: Encik Obama telah mencuba meluncur layang-layang semasa bercuti bersama jutawan Richard Branson di Pulau Moskito, baru-baru ini. - Foto AFP -
PULAU NECKER: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dan isterinya, Cik Michelle, menghabiskan percutian mereka bersama jutawan Richard Branson sejak meninggalkan Rumah Putih.
Pengasas Virgin Group itu memuat turun blog bersama gambar dan video bekas presiden meluncur layang-layang di satu daripada pulau persendirian milik Branson di Kepulauan Virgin British.

