Premium
Obama bidas saranan Cruz
Mar 25, 2016 | 5:30 AM
BERCAKAP KEPADA PEMBERITA: Senator Ted Cruz (kiri) daripada Parti Republikan mengesahkan kenyataan beliau bahawa jika beliau menjadi presiden Amerika, semua kejiranan Muslim akan dironda oleh polis bagi mengesan kegiatan pengganas. - Foto AFP -
BUENOS AIRES: Presiden Barack Obama telah menyelar Senator Ted Cruz berikutan kenyataan calon presiden Parti Republikan itu yang berkata bahawa beliau akan memberi kuasa kepada penguat kuasa undang-undang "meronda dan mengawal kejiranan Muslim" berikutan serangan pengganas di Brussels.
"Saya baru sahaja meninggalkan sebuah negara yang terlibat dalam pengawasan kejiranan seperti ini, di mana bapa Senator Cruz melarikan diri untuk ke Amerika, negara yang bebas," kata Presiden Obama dalam sidang akhbar di Argentina, merujuk kepada lawatan bersejarah ke Cuba awal minggu ini.

