Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Obama gesa tentang cubaan ISIS berkembang ke Libya

Jan 29, 2016 | 9:58 AM
Kebakaran di tangki minyak di pelabuhan Ras Lanuf, Libya, pada 23 Jan uari. ISIS sedang mengambil kesempatan daripada keadaan keselamatan yang semakin merosot di Libya. Gambar REUTERS
Kebakaran di tangki minyak di pelabuhan Ras Lanuf, Libya, pada 23 Jan uari. ISIS sedang mengambil kesempatan daripada keadaan keselamatan yang semakin merosot di Libya. Gambar REUTERS -

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, mengarahkan penasihat keselamatan negara itu pada Khamis (28 Jan) menentang usaha kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) untuk berkembang ke Libya dan negara lain, kata Rumah Putih.

Militan ISIS telah mengambil kesempatan daripada keadaan huru-hara di Libya untuk bertapak di bandar Sirte, dan mereka telah menjalankan beberapa serangan ke atas kemudahan minyak bulan ini.

"Presiden mengarahkan pasukan keselamatan negara meneruskan usaha mengukuhkan tadbir urus dan menyokong berterusan usaha memerangi pengganasan di Libya dan negara lain di mana ISIL telah berusaha mewujudkan kehadirannya," kata satu kenyataan Rumah Putih , dengan menggunakan satu lagi akronim bagi ISIS.

Terdahulu pada Khamis, Setiausaha Pertahanan Ash Carter memberitahu satu sidang akhbar bahawa ISIS telah mewujudkan tapak latihan di Libya dan pejuang asing dialu-alu, sebagaimana yang dilakukan mereka di Iraq dan Syria pada tahun-tahun lalu.

"Dan kami tidak mahu berada dalam keadaan seperti di Syria dan Iraq. Itulah sebabnya kita memantaunya dengan rapat. Itulah sebabnya kita membangunkan pilihan tentang apa kita boleh lakukan pada masa depan."

Pada Rabu, kata jurucakap Pentagon, Encik Peter Cook, berkata Amerika telah menghantar "sebilangan kecil anggota tentera" ke Libya untuk cuba "melibatkan diri dalam perbualan dengan kuasa-kuasa tempatan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tentang apa yang berlaku di sana".

"Kami sedang menin jau pilihan ketenteraan," kata Encik Cook, menurut transkrip sidang media beliau di laman web Jabatan Pertahanan.

Huru-hara politik di Libya telah mengurangkan keupayaan masyarakat antarabangsa bekerjasama dengan pakatan longgar briged tentera pemberontak yang pernah berjuang menentang pemimpin veteran Muammar Gaddafi, yang digulingkan pada 2011. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg