Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Obama selar serangan ke atas rakyat Muslim Amerika

Feb 05, 2016 | 08:35 AM



WASHINGTON: Presiden Barack Obama menerima Muslim di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada "satu keluarga Amerika", dan secara tersirat mengkritik calon presiden Republikan dalam amarannya kepada rakyat negara itu supaya jangan menjadi "pemerhati pemikiran sempit".


Dalam lawatan ke masjid Persatuan Islam Baltimore - kunjungan pertamanya ke sebuah masjid di Amerika sebagai Presiden - pada Rabu (3 Feb), Encik Obama membaca ayat Al-Quran dan memuji Muslim Amerika sebagai bahagian penting dalam sejarah Amerika dan penting bagi masa depan negara itu.


"Oleh itu, jika kita serius mengenai kebebasan beragama - dan saya bercakap sekarang kepada rakan seagama Kristian saya yang kekal majoriti di negara ini - kita perlu memahami bahawa satu serangan ke atas sebuah agama adalah serangan ke atas semua agama," katanya.


Walaupun beliau tidak pernah menyebut nama calon presiden Republikan, seperti Encik Donald Trump, yang menggesa larangan sementara ke atas umat Islam yang memasuki Amerika, sasaran dalam ucapan Encik Obama jelas.


"Kita perlu menolak politik yang bertujuan memanipulasi prejudis atau berat sebelah, dan menyasarkan orang kerana agama," katanya.


Presiden Obama tidak bercakap mengenai konflik antarabangsa yag sukar dikawal, seperti pertikaian Israel-Palestin, dan sebaliknya memberi tumpuan pada realiti masjid dirosakkan dan kanak-kanak Islam dibuli di Amerika.


"Anak-anak ini sama seperti anak-anak saya," kata Encik Obama. "Dan tanggapan bahawa mereka akan dipenuhi dengan keraguan dan mempersoal tempat mereka di negara kita yang hebat ini sedang mereka mempunyai cukup perkara untuk dibimbangkan - menjadi seorang remaja sudah cukup sukar - itu bukan diri kita yang sebenar."


Walaupun Presiden George W. Bush melawat sebuah masjid di Washington dalam tempoh enam hari selepas serangan pengganas pada 11 September 2001 untuk meyakinkan Muslim Amerika, Encik Obama, seorang Kristian, menolak permintaan agar melawat sebuah masjid sebahagiannya kerana 43 peratus Republikan dan 29 peratus rakyat Amerika berfikir beliau seorang Muslim, menurut satu tinjauan CNN/ORC September lalu.


Pembantu beliau bimbang lawatan masjid akan menguatkan tanggapan itu.


Kebimbangan mengenai Muslim dan pelarian Syria di Amerika telah berkembang. Serangan ke atas Muslim Amerika dan masjid telah bertambah, menurut Majlis Hubungan Amerika-Islam.


Dalam satu mesyuarat di Rumah Putih bulan lepas, tokoh Muslim Amerika meminta kepada pegawai kanan pentadbiran agar Presiden Obama melawat masjid dengan harapan ia akan membendung serangan seperti itu. - New York Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >