Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Obama: Tiada bukti serangan Orlando diarah dari luar

Jun 14, 2016 | 03:12 PM



WASHINGTON: Presiden Barack Obama berkata pada Isnin (13 Jun) tidak ada bukti pembunuhan ramai-ramai 49 orang di sebuah kelab malam di Orlando, Florida diarah dari luar negara atau sebahagian daripada satu rancangan lebih besar.



Selepas diberi taklimat mengenai kejadian penembakan ramai-ramai paling dahsyat di Amerika dalam zaman moden itu oleh pembantu keselamatan kanan, Presiden Obama berkata "kita masih belum tahu" apa yang mendorong si pembunuh, Omar Mateen.



Encik Obama berkata Mateen, 29 tahun, nampaknya "terdorong oleh pelbagai maklumat pelampau yang disebar melalui Internet". Beliau menambah: "Pada peringkat ini kita tidak melihat bukti jelas bahawa dia diarah dari luar."



"Memang kelihatan pada saat akhir dia menyatakan taat setianya pada ISIL, tetapi tidak ada bukti setakat ini bahawa dia sebenarnya diarah oleh mereka," katanya, dengan menggunakan satu lagi singkatan nama kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) .



"Juga tiada bukti langsung bahawa dia sebahagian daripada satu rancangan lebih besar."



ISIS sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan ramai-ramai itu, dengan berkata dalam satu buletin radio bahawa ia dilakukan oleh "salah seorang askar khalifa ini".



Di Amerika, kesan politik kejadian itu berlaku dengan pantas, dengan golongan liberal dan konservatif menggunakannya bagi menggesa kawalan senjata api lebih tegas atau langkah-langkah antipengganasan lebih keras.



Di tengah-tengah pertikaian itu, Presiden Obama menggesa perpaduan.



"Kita juga sedang melihat semua perkara yang mendorong pembunuh itu, tetapi ia satu peringatan bahawa walau apa bangsa, agama, kepercayaan atau orientasi seksual, kita semua rakyat Amerika.



"Kita perlu menjaga satu sama lain dan melindungi satu sama lain pada setiap masa dalam menghadapi perbuatan dahsyat seperti ini." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >