Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Obama tiba di Cuba bagi lawatan pertama presiden AS dalam 88 tahun

Mar 21, 2016 | 12:46 PM



HAVANA: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, tiba di Cuba pada Ahad (20 Mac) dalam satu lawatan bersejarah yang membuka lembaran baru dalam pelibatan Amerika dengan kerajaan Komunis di pulau itu, selepas permusuhan berdekad antara bekas musuh Perang Dingin itu.



Encik Obama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jose Marti Havana menaiki pesawat Air Force One, jet presiden yang tertera terpampang 'United States of America' di seluruh badan pesawat itu - pemandangan yang hampir tidak dapat dibayangkan sebelum pengenduran ketegangan pada Disember 2014.



Lawatan tiga hari itu, yang pertama oleh Presiden Amerika ke Cuba dalam 88 tahun, kemuncak pembukaan hubungan diplomatik yang diumum Encik Obama dan Presiden Cuba, Encik Raul Castro, pada Disember 2014, yang menamatkan kerenggangan era Perang Dingin yang bermula apabila revolusi Cuba menggulingkan kerajaan proAmerika pada 1959.



"Ia satu peluang bersejarah untuk melibatkan diri secara langsung dengan rakyat Cuba," Encik Obama memberitahu kakitangan di Kedutaan Amerika, yang baru dibuka semula, yang berkumpul di sebuah hotel, persinggahan pertama selepas beliau tiba pada sebelah petang.



Sekumpulan rakyat Cuba melihat dari balkoni dan belakang rumah rombongan Encik Obama dibawa melalui pusat bandar.



Ada rakyat Cuba menggagahi hujan lebat dan keselamatan ketat untuk menyambut mereka, sambil melaungkan 'Viva Obama, Viva Fidel', apabila Encik Obama dan keluarganya beredar selepas makan malam di sebuah kawasan kejiranan buruk.



Lawatan Encik Obama, yang ditemani wanita pertama Michelle Obama, ibunya dan anak perempuan mereka, Sasha dan Malia, kebanyakannya berbentuk pelancongan pada hari pertama.



Semasa lawatan itu, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Encik Raul Castro, tetapi tidak dengan abangnya, Encik Fidel, pemimpin revolusi tersebut, dan menemui para usahawan.



Beliau juga akan bercakap kepada rakyat Cuba secara langsung melalui media tempatan dan menghadiri satu perlawanan pertunjukkan besbol. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >