Topik diikuti
Pergi ke BHkuObama umum kelonggaran berunding dengan penculik

Jun 26, 2015 | 5:30 AM
Obama umum kelonggaran berunding dengan penculik
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, mengakui pemerintahnya tidak melakukan secukupnya dalam menghentikan "mimpi ngeri" yang dihadapi sanak saudara tebusan yang ditahan di luar negara, sedang beliau mengumumkan kelonggaran dalam rundingan dengan penculik.
Beliau menegaskan bahawa pentadbirannya tidak akan membantah perbincangan dengan penculik atau mengancam keluarga dengan pendakwaan sekiranya mereka cuba mengumpulkan wang tebusan.