Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Objek kedua di Pulau La Reunion mungkin serpihan pesawat MH370

Mar 07, 2016 | 04:05 PM



KUALA LUMPUR: Serpihan kedua yang ditemui di pulau La Reunion, milik Perancis yang terletak di Lautan Hindi pada Khamis lepas dipercayai mungkin milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.



"Kita boleh menjangkakan ini kerana berdasarkan pengiraan kemungkinan serpihannya hanyut boleh berlaku kerana ia perlu berada di sekitar kawasan itu.



"Jadi mana-mana serpihan yang ditemui di kawasan itu secara tentatifnya mungkin adalah daripada MH370. Ia akan disahkan selepas ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.



Objek berukuran kira-kira 40 kali 20 sentimeter itu ditemui di tepi pantai pada Khamis lepas.



Agensi berita AFP melaporkan bahawa serpihan itu ditemui oleh Encik Johnny Begue ketika beliau keluar berlari-lari anak di tepi pantai.



Menurut agensi berita itu, Begue juga merupakan orang yang menemui 'Flaperon', serpihan sayap pesawat daripada pesawat yang hilang itu, semasa membersihkan pantai pada Julai tahun lepas.



Selain itu Datuk Abdul Aziz berkata, sepasukan tiga anggota dari Malaysia telah dihantar ke Mozambique untuk mengesahkan sama ada bahagian yang ditemui itu adalah milik MH370.



Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



Esok (Selasa) menandakan tempoh dua tahun kehilangan misteri pesawat itu meskipun usaha pencarian besar-besaran dilakukan di dasar laut di selatan Lautan Hindi oleh pihak berkuasa Australia, Malaysia dan China. - mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >