Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Oksigen dicari di Jakarta dek Covid-19

Jul 13, 2021 | 5:30 AM
- Foto REUTERS
- Foto REUTERS -

JAKARTA: Orang ramai, kebanyakannya memakai pelitup dan ada membawa silinder oksigen, berdiri di luar sebuah kilang di ibu kota Indonesia ini untuk membeli oksigen semalam.

Kilang itu menawarkan juga khidmat mengisi semula silinder oksigen yang kosong.

Sejauh ini, Singapura telah menghantar dua muatan bekalan oksigen dan peralatan kecemasan ke Indonesia, yang sedang menghadapi lonjakan kes Covid-19.

Kelmarin, Singapura menghantar melalui laut dua tangki ISO berisi 40 tan oksigen dalam bentuk cecair, 500 silinder oksigen dan 570 mesin yang boleh menyedut oksigen dari udara bagi kegunaan orang.

Ini menyusuli penghantaran pertama melalui udara sehari sebelumnya.

Indonesia, yang digambarkan sebagai antara negara paling teruk terjejas akibat Covid-19, melaporkan purata 35,000 kes baru sehari dan angka ini dijangka meningkat menurut kiraan Reuters.

Hingga semalam, lebih 2.5 juta orang di negara itu dijangkiti Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg