Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Onn Hafiz: Johor akan terus baiki khidmat, kemudahan di CIQ JB

May 08, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Johor akan melakukan usaha berterusan untuk memperbaiki perkhidmatan dan infrastruktur di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru demi memastikan pengalaman yang lebih baik bagi mereka yang menggunakan kemudahan tersebut.



Beliau juga mahu dilakukan peningkatan tenaga kerja dan infrastruktur di situ.



Dalam temu ramah beliau bersama Berita Harian Malaysia (BHM) yang diterbitkan Ahad, Datuk Onn Hafiz berkata beliau turun padang lebih tiga kali di CIQ BSI dan mengenal pasti dua masalah utama yang mempengaruhi kemudah tersebut iaitu kekurangan tenaga kerja dan infrastruktur yang tidak mencukupi.



Beliau menggariskan keperluan mendesak untuk mendapatkan bantuan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam meningkatkan jumlah kakitangan, terutama di Jabatan Imigresen.



Menyentuh tentang pentingnya peningkatan infrastruktur, beliau berkata walaupun ada rancangan menambah laluan, aspek penyelenggaraan kemudahan juga harus diberi perhatian.



Beliau memberikan contoh bagaimana ketika beliau membuat pemeriksaan, didapati bahawa pondok Imigresen kelihatan baik dari luar, tetapi apabila diperiksa di dalam, terdapat kebocoran termasuk pada alat pendingin hawa, yang boleh menyebabkan gangguan perkhidmatan.



Datuk Onn Hafiz juga berkata, ketika beliau mula memegang jawatan Menteri Besar, antara aduan yang diterimanya adalah mengenai penyelenggaraan lif di CIQ BSI. Majoriti lif tersebut rosak, namun semua kini sedang diperbaiki.



Ditanya apakah isu sering bangkitkan rakyat Johor di media sosial, beliau berkata: "Saya sering mendapat aduan mengenai dua perkara. Pertama, isu kerosakan jalan dan kedua, kesesakan di CIQ.



"Saya tidak pekak dan tidak buta. Dari hati yang ikhlas, saya mahu menyelesaikan secara tuntas dua perkara ini dengan bersungguh-sungguh. Itu menjadi iltizam saya.



"Johor mahu menjadi negeri maju. Jadi, isu sebegini perlu diselesaikan segera,'' ujarnya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >