Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Operasi di KLIA kini pulih

Aug 25, 2019 | 2:38 PM
Foto fail KLIA
Foto fail KLIA -

SEPANG: Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali pulih pagi tadi (25 Ogos) selepas mengalami gangguan sistem sejak Rabu lalu.

Akbar Harian Metro melaporkan bahawa jumlah petugas 'Airport Care Ambassadors' yang sebelum ini ditempatkan di terminal untuk membantu penumpang juga berkurangan seawal 7 pagi.

Selain itu, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS) kembali seperti biasa dengan memaparkan maklumat terkini sementara kaunter daftar masuk bagasi tidak sesak lagi.

Gangguan teknikal terhadap Sistem Pengurusan Keseluruhan Lapangan Terbang (TAMS) sebelum ini menyebabkan penerbangan tertangguh, penumpang terpaksa beratur panjang dan berasa kecewa. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg