Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Operasi di Lapangan Terbang Hong Kong disambung semula selepas bantahan

Aug 13, 2019 | 02:27 PM



OPERASI di Lapangan Terbang Hong Kong disambung semula awal pagi ini (13 Ogos), kata pihak berkuasa lapangan terbang itu, tetapi lebih 200 penerbangan telah dibatalkan setelah bantahan semalam memaksa hub pengangkutan itu ditutup.



“Kami telah menyambung semula check-in,” seorang jurucakap lapangan terbang memberitahu AFP.



Papan status penerbangan di dewan pelepasan menunjukkan beberapa penerbangan disenaraikan sebagai “boarding soon” (pesawat boleh dinaiki tidak lama lagi), dengan masa pelepasan yang baru.



Seorang jurucakap syarikat Singapore Airlines berkata sejumlah 810 penumpang dan satu bayi terjejas oleh gangguan pada Isnin.



Tambah beliau, kesemua penerbangan pergi ke dan pulang dari Hong Kong dijangka beroperasi seperti yang telah dijadualkan hari ini (Selasa).



Apabila kenyataan ini disemak, lelaman Changi Airport Group (CAG) menunjukkan tiga belas penerbangan ke Hong Kong telah berlepas dari Singapura pagi ini (disemak pada 2.25 petang).



Meskipun lapangan terbang itu telah dibuka semula, syarikat penerbangan antarabangsa Hong Kong, Cathay Pacific, dalam lelamannya berkata, lebih 200 penerbangannya masuk dan keluar lapangan terbang itu dibatalkan hari ini.



Cathay Pacific berkata ia hanya akan mengendalikan beberapa penerbangan sahaja bagi menghubungkan penumpang.



Papan status penerbangan turut menunjukkan penerbangan syarikat Emirates Airlines dan Virgin Australia mempunyai penerbangan yang dijadualkan berlepas hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >