Topik diikuti
Pergi ke BHkuOrang asing kini dilarang beli rumah di NZ, warga Singapura terkecuali
Orang asing kini dilarang beli rumah di NZ, warga Singapura terkecuali
Orang asing kini dilarang beli rumah di NZ, warga Singapura terkecuali

-
Oct 22, 2018 | 5:30 AM
WELLINGTON (New Zealand): Warga asing tidak akan lagi dibenarkan membeli rumah di New Zealand bermula hari ini, melainkan mereka mahu membeli unit pangsapuri yang baru dibina.
Namun, warga Australia dan Singapura telah dikecualikan daripada larangan terbaru itu. Pemegang visa yang bermaustautin di New Zealand juga terkecuali.