Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Orang ramai di tempat awam digesa terus pakai pelitup

Nasihat pakar susuli peningkatan kes Covid-19 di M'sia sejak kebelakangan ini serta jumlah acara sosial yang dijangka bertambah sempena Aidilfitri
Apr 18, 2023 | 5:30 AM
TERUS PAKAI PELITUP: Segelintir orang ramai masih mengamalkan pemakaian pelitup muka bagi mengelakkan penularan Covid-19 terutamanya di sekitar tempat awam yang sering menjadi tumpuan. - Foto BERNAMA
TERUS PAKAI PELITUP: Segelintir orang ramai masih mengamalkan pemakaian pelitup muka bagi mengelakkan penularan Covid-19 terutamanya di sekitar tempat awam yang sering menjadi tumpuan. - Foto BERNAMA -

PETALING JAYA: Dengan jumlah kes Covid- 19 yang meningkat di Malaysia kebelakangan ini dan dengan jumlah acara sosial dijangka bertambah sempena Aidilfitri, pakar kesihatan awam menyarankan agar orang ramai memakai pelitup semsa berada di tempat-tempat awam.

Ini terutamanya bagi individu berisiko tinggi mengalami penyakit Covid-19 yang serius termasuk warga emas, mereka yang berlebihan berat badan dan mereka yang tidak boleh mendapatkan vaksin seperti pesakit kencing manis dan barah.

"Justerus, golongan ini amat disarankan untuk memakai pelitup," kata pakar kesihatan awam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Sharifa Ezat Wan Puteh.

Profesor Sharifa berkata mereka yang belum melengkapi rejim vaksinasi, sama ada vaksin utama mahupun vaksin penggalak, juga harus memakai pelitup di tempat awam.

"Lebih baik berjaga-jaga sebelum terkena. Pastikan anda mendapatkan vaksin, termasuk vaksin penggalak. Jika anda berisiki tinggi, pakai pelitup di tempat-tempat awam di mana terdapat ramai orang yang mungkin membawa virus tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga menarik perhatian mengenai peningkatan kes Covid-19 di sekolah-sekolah tertentu, dan menggalak pelajar-pelajar berisiko tinggi agar turut memakai pelitup.

"Kenaikan jumlah kes Covid-19 ini memang dijangkakan, memandangkan virus Omicron yang mudah berjangkit, dan memandangkan peraturan memakai pelitup sudah dilonggarkan dan kita juga bebas bergerak dari negeri ke negeri dan di tempat kerja," jelas Profesor Sharifa.

"Bagaimanapun, apa yang perlu kita teliti ialah sama ada kes yang meningkat ini menyebabkan jumlah kes yang terpaksa dimasukkan ke hospitai turut meningkat, atau jumlah kematian yang juga naik," tambahnya.

Dalam kenyataannya pada Khamis, Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital telah meningkat sebanyak 17.6 peratus pada awal April, berbanding pada Mac.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata antara mereka yang dimasukkan ke hospital dengan Covid-19, 63.9 peratus berusia 60 tahun dan ke atas, dan 90.7 peratus memang berpenyakit.

Menurut beliau, sebahagian besar pesakit mengalami simptom ringan, dan menekankan bahawa kematian dalam kalangan pesakit yang tidak mendapatkan vaksin adalah enam kali lebih tinggi beranding mereka yang mendapatkan satu dos vaksin.

Pakar dari Jabatan Perubatan dan Sosial, Universiti Malaya, Profesor Moy Foong Ming, berkata pihak kementerian harus mempertingkatkan mesej awam mengenai kepentingan memakai pelitup terutama dalam gelombang baru sekarang.

Namun, pakar-pakar tersebut akur, mewajibkan pemakaian pelitup bukanlah satu langkah yang baik, sedang Malaysia cuba beralih ke fasa endemik, iaitu untuk hidup dengan Covid-19.

"Kita perlu wujud bersama dengan virus ini. Justeru, orang ramai harus menghargai pentingnya langkah-langkah pencegahan dan harus melakukannya secara sukarela apabila terdapat gelombang dan peningkatan dalam kes Covid-19," ujar beliau. - Agensi berita.

"Kenaikan jumlah kes Covid-19 ini memang dijangkakan, memandangkan virus Omicron yang mudah berjangkit, dan memandangkan peraturan memakai pelitup sudah dilonggarkan dan kita juga bebas bergerak dari negeri ke negeri dan di tempat kerja... Bagaimanapun, apa yang perlu kita teliti ialah sama ada kes yang meningkat ini menyebabkan jumlah kes yang terpaksa dimasukkan ke hospitai turut meningkat, atau jumlah kematian yang juga naik."

- Pakar kesihatan awam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Sharifa Ezat Wan Puteh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg