Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Orang terkaya dunia lakukan penerbangan ke angkasa lepas

Jul 22, 2021 | 05:30 AM



VAN HORN (Texas, Amerika Syarikat): Orang terkaya dunia, Encik Jeff Bezos, terbang ke angkasa setinggi 107 kilometer (km) di atas kawasan gurun Texas di dalam kenderaan angkasa syarikatnya, Blue Origin New Shepard, kelmarin.



Beliau kemudian kembali dengan selamat ke Bumi, dalam satu penerbangan kawasan suborbit bersejarah yang membantu menuju ke era baru dalam bidang pelancongan angkasa.



"Hari terbaik sekali," kata Encik Bezos, ditemani tiga anak kapal termasuk pengembara angkasa tertua dan termuda di dunia, setelah kapsulnya turun menggunakan tiga payung terjun besar dan menyentuh Bumi.



Hartawan Amerika berusia 57 tahun itu mengenakan baju penerbangan biru dan topi koboi, melakukan perjalanan ke pinggir ruang angkasa lepas yang berlangsung selama 10 minit 10 saat.



Setelah mendarat, beliau dan anak kapal lain saling berpelukan sementara puluhan anggota keluarga dan pekerja syarikat bersorak kegembiraan.



"Angkasawan Bezos di tempat duduk saya - gembira, gembira, gembira," kata Encik Bezos kepada kawalan misi semasa satu pemeriksaan keselamatan setelah penumpang mengenakan tali pinggang keselamatan semula setelah beberapa minit terapung-apung di ruang angkasa.



Kapal angkasa setinggi 18.3 meter itu sebelum ini menghidupkan enjin BE-3nya untuk berangkat dari kemudahan tapak pelancaran kira-kira 30 km di luar bandar Van Horn di bawah langit yang cerah.



Encik Bezos, pengasas syarikat e-dagang Amazon.com, dan saudaranya Encik Mark Bezos, eksekutif ekuiti swasta, disertai dua angkasawan lain.



Perintis juruterbang wanita, Cik Wally Funk, dan seorang lulusan sekolah Encik Oliver Daemen masing-masing menjadi orang tertua dan termuda yang mencapai ruang angkasa lepas itu.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap pekerja Amazon dan setiap pelanggan Amazon, kerana anda semua membayar semua ini," kata Encik Bezos kepada wartawan selepas itu.



Penerbangan itu berlaku sembilan hari selepas hartawan Britain, Encik Richard Branson, menaiki kapal pelancongan ruang angkasa Virgin Galactic yang berjaya dalam penerbangan suborbit pertama dari New Mexico.



Kedua-dua penerbangan itu memberi kewibawaan dan menyuntik keghairahan dalam industri pelancongan angkasa komersial baru, yang dianggarkan bank Switzerland UBS bernilai AS$3 bilion ($4 bilion) setiap tahun dalam satu dekad.



Encik Bezos, yang mengasaskan Blue Origin pada 2000, mengatakan penerbangan ruang angkasa lepas pertama ini merupakan langkah untuk membangunkan satu armada kapal angkasa yang dapat diguna semula.



"Kami akan membina jalan menuju ke angkasa supaya anak kita dan anak mereka dapat membangun masa depan," tambahnya.



"Kita perlu melakukan ini untuk menyelesaikan masalah di Bumi."



Mengenai permintaan bagi pengembaraan itu, Encik Bezos berkata: "Permintaannya sangat tinggi. Perkara besar dimulakan dengan kecil." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >