Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Orang utan terancam dengan pembinaan ibu kota baru Indonesia

Mar 24, 2023 | 05:30 AM



SAMBOJA (Indonesia): Di luar ibu negara baru Indonesia yang dirancang di pulau Borneo, seekor orang utan menangkap pisang dengan sebelah tangan, dilemparkan oleh seorang pekerja pemuliharaan dari di atas bot, manakala tangannya yang lain berpaut pada dahan pokok.



Ia adalah salah seekor daripada 127 orang utan yang dipelihara oleh Yayasan Survival Orangutan Borneo (BOSF) di daerah Samboja, Kalimantan Timur, menurut agensi berita Reuters pada Rabu.



Malangnya untuk kelompok beruk dan orang utan ini, mereka telah kehilangan tempat tinggal akibat kemusnahan hutan yang sering dikaitkan dengan penebangan pokok, perlombongan arang batu, pembukaan ladang kelapa sawit dan penghasilan kayu balak.



Lebih memprihatinkan lagi, beruk dan orang utan gergasi berdepan ancaman lebih besar apabila negara terbesar di Asia Tenggara itu membina ibu kota barunya - Nusantara - di tengah-tengah kawasan alam semula jadi dengan kos pembangunan dianggarkan mencecah AS$32 bilion ($42.4 bilion).



Pemerintah Indonesia telah berjanji melindungi hidupan liar dan menjalankan penghutanan semula secara besar-besaran di bahagian ibu kota, yang telah dipasarkan kepada pelabur sebagai bandar pintar dan hijau.



Tetapi pencinta alam sekitar bimbang pembangunan ibu kota baharu di kawasan seluas hampir 260,000 hektar (642,474 ekar) - hampir empat kali ganda saiz Singapura - akan mengganggu kehidupan semula jadi Borneo, termasuk monyet hidung panjang yang terancam, ikan lumba-lumba Irrawaddy dan orang utan.



"Kebimbangan terbesar kami ialah teluk Balikpapan akan bertukar menjadi kolam gergasi, tempat sisa sisa daripada aktiviti Nusantara," kata Encik Mappaselle, pengarah kumpulan alam sekitar tempatan Pokja Pesisir.



Kira-kira 400 hektar hutan bakau di sepanjang pesisir pantai teluk Balikpapan telah pun dibersihkan mengikut anggaran kumpulan itu, bagi memberi laluan kepada pelabuhan arang batu dan kilang penapisan minyak.



Beliau khuatir lebih banyak akan musnah apabila tol baru dibina menghubungkan Nusantara ke bandar terdekat Balikpapan, serta pelabuhan untuk membawa masuk bahan binaan.



Pihak Berkuasa Bandar Raya Nusantara berkata bakau akan ditanam semula di kawasan lain dan garis panduan telah dibuat untuk pekerja yang terserempak dengan haiwan.



"Ini adalah kebimbangan yang sangat tinggi tentang bagaimana kita akan cuba mewujudkan keharmonian antara manusia, alam semula jadi dan budaya... kerana itulah jiwa bandar," kata ketua Nusantara, Encik Bambang Susantono.



Asas sedang dibina untuk bangunan pemerintah. Akhir tahun ini, rumah akan dibina untuk 16,000 penjawat awam, pegawai tentera dan polis yang akan berpindah pada 2024.



Buat masa ini, badan pemuliharaan berharap pemerintah tetap berpegang pada ikrarnya untuk menjaga haiwan.



"Kami berharap dengan adanya ibu kota di sini, kami dapat membuka jalan kepada haiwan untuk hidup berdampingan (dengan manusia)," kata pengurus BOSF, Encik Aldrianto Priadjati.



"Sekurang-kurangnya menyediakan kawasan untuk orang utan supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >