Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pak Lah hidap demensia, tak ingat anggota keluarga: Khairy

Sep 12, 2022 | 5:30 AM
Tun Abdullah Ahmad Badawi - Foto fail
Tun Abdullah Ahmad Badawi - Foto fail -

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, buat pertama kalinya, berkongsi bahawa bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menghidap penyakit demensia, dan tidak mengingati ahli keluarganya lagi.

Encik Khairy berkata Tun Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, mula menunjukkan tanda-tanda kecacatan kognitif sejurus selepas bersara sebagai perdana menteri kelima pada 2009 dan sejak itu semakin teruk.

Encik Khairy berkata beliau perlu menjelaskan keadaan kesihatan Pak Lah kerana ramai yang tidak mengetahuinya, lapor News Straits Times.

"Saya juga telah berkongsi pengalaman keluarga saya sendiri... ramai yang dah lama bertanya mana Pak Lah.

"Saya tanya kepada isteri saya dan juga kepada mentua saya, ipar saya, ada yang tak tahu, ada yang tahu. Jadi boleh tak saya bagitahu. Pak Lah memang ada demensia," katanya

Belia berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua) di Sheraton Imperial, Kuala Lumpur semalam.

Sambil menjelaskan bahawa Pak Lah kini terbatas di kerusi roda, bapa mentuanya itu tidak boleh berfungsi seperti biasa lagi.

Demensia yang dialami mantan perdana menteri Malaysia kelima itu berada di tahap tidak mampu menyebut dengan baik nama ahli keluarganya.

"Kenal tu memang boleh kenal, nampak tu macam boleh nampak tapi dah sampai tahap di mana dia dah susah untuk bercakap.

"Jadi dalam keadaan keluarga kami, mungkin dapat sokongan bantuan daripada jururawat sepanjang waktu dan sebagainya."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg