Premium
Pakai pelitup muka akan jadi kebiasaan baru: WHO
Ia akan bersama dengan umat manusia bagi beberapa waktu ini, kata pakar
Apr 16, 2020 | 5:30 AM
NEW YORK: Orang ramai kini kian biasa memakai pelitup di khalayak ramai dan ia menjadi satu norma baru yang bersifat sejagat, kata seorang tokoh kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dalam usaha menentang koronavirus (Covid-19), utusan khas WHO, Dr David Nabarro, berkata orang ramai harus membiasakan diri dengan 'realiti baru' ini iaitu dengan sering memakai pelitup muka.

