Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakar bedah plastik di Afrika Selatan usaha 'beri wajah baru' buat budak Zimbabwe susuli serangan dubuk

Jun 20, 2021 | 11:42 PM



JOHANNESBURG: Pakar bedah plastik di Afrika Selatan sedang mempersiapkan diri bagi membangun semula raut wajah budak Zimbabwe berusia sembilan tahun yang dimamah dubuk dalam satu serangan bulan lalu.



Agensi berita AFP melaporkan Rodwell Khomazana kehilangan hidung, mata kiri, kebanyakan bahagian bibir atasnya, cebisan dahi dan bahagian lain pada mukanya apabila dia diserang ketika menghadiri sesi gereja pada waktu malam di luar ibu kota Zimbabwe, Harare, pada 2 Mei.



Doktor di salah sebuah hospital awam di kota itu cuba sedaya upaya bagi membaik pulih wajahnya dan memantapkan keadaannya tetapi kekurangan sumber bagi mengubati wajahnya yang musnah.



Kerana tidak mampu menghantar anaknya bagi pembedahan pakar di luar negara, ibu Rodwell menghubungi pegawai medik di negara jiran Afrika Selatan yang bersetuju membedahnya secara percuma di hospital swasta Johannesburg.



"Apabila si ibu menceritakan tentang anaknya yang malang dimamah dubuk, saya tidak mampu berkata "Tidak boleh"," jelas pakar bedah plastik, Dr Ridwan Mia, kepada AFP.



Rodwell kemudian diterbangkan ke Johannesburg pada Sabtu (19 Jun) dan disambut mesra kakitangan hospital yang menyanyikan lagu kebangsaan Afrika Selatan.



Mereka menyarung kemeja-T putih dengan kekata "Team Rodwell" tertera dan lukisan seorang budak lelaki dicetak padanya.



Mereka bertepuk tangan dan bersorak sedang Rodwell ditolak ke dalam bangunan hospital. Dia menggunakan baju panas hijau yang menutupi kepalanya dengan wajahnya berbalut.



Balutan pada mata kanannya terbuka sedikit di mana dia boleh menonton kartun dengan menggunakan tablet kecil.



Dr Mia dan pasukannya akan menjalankan pembedahan penerokaan pada Isnin disusuli dengan menjadualkan pembedahan lebih sulit yang dijadualkan berlangsung selama 20 jam.



Mereka akan menggunakan tisu daripada bahagian tubuh Rodwell untuk menghasilkan semula rahang, hidung, mulut dan pipinya. Dia juga akan menerima mata palsu.



"Sayangnya, dia akan mempunyai parut pada beberapa bahagian wajahnya. Kami mengharapkan dapat melakukan prosedur di mana kami dapat kurangkan kesan parut," jelas Dr Mia.



Menurutnya, Rodwell tidak akan mempunyai wajah tanpa parut yang nampak biasa dan sempurna.



"Namun, kami ingin berikan sesuatu kepadanya yang sekurang-kurangnya membolehkannya berfungsi seperti kanak-kanak lain dan menikmati apa yang dilakukan kanak-kanak sebayanya," tambah Dr Mia.



Sumbangan derma yang diterima orang ramai akan meliputi kos Rodwell dirawat di hospital yang dijangka makan masa sekurang-kurangnya sebulan dengan beberapa prosedur membaik pulih wajahnya dijalankan.



Sebuah hotel menawarkan untuk menempatkan ibu Rodwell secara percuma buat masa ini.



Dr Mia berkata baki wang yang ada akan digunakan bagi terapi Rodwell dalam mengatasi trauma. Beliau menambah sokongan psikologi amat penting buat Rodwell menerima mata palsu barunya itu.



"Para doktor berharap Rodwell akan akhirnya rasa seperti budak lelaki biasa lain. Sayangnya, realiti yang pahit ditelan adalah kami menangani kecederaan yang besar dan dahsyat," ujar Dr Mia. - AFP



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >