SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pakar beri amaran Wuhan mungkin tersebar luas

Pakar beri amaran Wuhan mungkin tersebar luas

Jan 18, 2020 | 2:53 PM

Pakar beri amaran Wuhan mungkin tersebar luas

d12bf6a3-f618-4434-9dac-5589c2bb4852
-

HONG KONG: Skala sebenar virus misteri seperti Sars di China mungkin lebih luas daripada apa yang dilaporkan secara rasmi, menurut saintis, sementara negara lain meningkatkan langkah untuk mengawal penyakit tersebut daripada tersebar.

Keprihatinan tentang tersebarnya virus itu semakin meningkat sebelum sambutan Tahun Baru Cina, di mana jutaan warga China bergerak sekeliling negara itu dan ramai yang berkunjungan antara keluarga yang tinggal di luar negara.

Perkara tersebut dilaporkan selepas pihak berkuasa kesihatan China berkata pada Sabtu (18 Jan) bahawa mereka telah menemui empat lagi kes penumonia.

Empat individu itu disahkan menghidap pneumonia Khamis lalu dan kini berada dalam keadaan yang stabil, menurut Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan dalam satu kenyataan.

Kenyataan hari ini merupakan pengesahan kes-kes baru oleh pihak berkuasa dalam tempoh seminggu dan dikeluarkan sehari selepas suruhanjaya itu mengesahkan kematian pesakit kedua. -AFP, Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg