Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakar kaji purba temui tinggalan antara masjid tertua dunia di Bedouin

Jul 19, 2019 | 04:08 PM



RAHAT: Pakar kaji purba di Israel telah menemui tinggalan antara masjid tertua dunia.



Penguasa Kepurbaan Israel (IAA) menganggarkan bahawa masjid itu dibina sekitar abad ketujuh atau kelapan.



Masjid itu ditemukan ketika persiapan bagi projek binaan baru di Bedouin, di kawasan padang pasir Negev di Israel.



Terdapat beberapa masjid besar yang dibina pada zaman itu di Baitulmakdis dan Makkah, namun jarang ada masjid purba begini yang jemaahnya mungkin terdiri daripada petani tempatan, kata IAA.



Tinggalan itu berbentuk segi empat, dengan mihrab yang menghadap ke arah Makkah.



“Ini antara masjid terawal selepas ketibaan Islam di Israel, selepas penaklukan Arab pada 636 C.E.



“Penemuan kampung dan masjid di kawasan ini merupakan sumbangan besar kepada pengajian sejarah negara ini pada zaman itu,” kata Gideon Avni daripada IAA. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >