Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakar penyakit berjangkit AS: Pandemik koronavirus belum selesai

Jun 10, 2020 | 11:15 AM

WASHINGTON: Covid-19 adalah penyakit yang Dr Anthony Fauci selalu kata akan menjadi "mimpi ngeri terburuknya" - jangkitan pernafasan baru yang sangat mudah merebak yang menyebabkan sejumlah besar penyakit dan kematian.


"Dalam tempoh empat bulan, ia telah membinasakan seluruh dunia," kata Dr Fauci, pengarah Institut Penyakit Berjangkit dan Alahan Kebangsaan di Amerika Syarikat, semalam semasa persidangan yang diadakan oleh Pertubuhan Inovasi Bioteknologi (BIO). "Dan ia belum berakhir."


Perbincangannya dengan seorang moderator dilakukan dari jauh dan dirakam untuk ditayangkan kepada peserta persidangan, lapor The Straits Times yang menukil laporan The New York Times.

Walaupun beliau tahu wabak seperti itu boleh terjadi, satu aspek mengejutkannya iaitu "betapa cepat ia mengambil alih planet ini".


Penyakit yang menular dengan berkesan boleh merebak ke seluruh dunia dalam masa enam bulan atau satu tahun, tetapi "ini mengambil masa sekitar satu bulan", kata Dr Fauci.


Beliau mengaitkan penyebaran yang pantas itu dengan cepatnya virus itu menular, dan perjalanan dunia yang luas oleh orang yang dijangkiti.


Vaksin secara meluas dianggap sebagai harapan terbaik untuk menghentikan atau paling tidak memperlambat wabak itu, dan Dr Fauci berkata beliau "hampir pasti" lebih daripada satu akan berjaya.


Beberapa vaksin telah diuji pada orang ramai, dan sekurang-kurangnya satu vaksin dijangka beralih ke percubaan Fasa 3 yang besar-besaran bulan depan.


Tetapi masih banyak yang belum diketahui mengenai penyakit itu dan bagaimana ia menyerang tubuh, kajian yang Dr Fauci gambarkan sebagai "kerja yang sedang berterusan".


Soalan lain yang timbul, katanya, adalah sama ada mereka yang sembuh setelah sakit teruk akibat Covid-19 akan pulih sepenuhnya.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >