Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakar: Tunjuk perasaan di AS boleh dorong lonjakan kes jangkitan Covid-19

Jun 2, 2020 | 1:40 PM
KEBIMBANGAN RAMAI: Seorang penunjuk perasaan di New York mengangkat sepanduk semasa tunjuk perasaan "Black Lives Matter" susulan kematian seorang warga berkulit hitam, Encik George Floyd, semasa ditahan sepasukan empat anggota polis di Minneapolis, pada 25 Mei lalu. Mayor New York, Encik Bill de Blasio, hari ini mengisytiharkan perintah berkurung dari 11 malam hingga 5 pagi bagi menghentikan keganasan yang berpunca dari tunjuk perasaan yang dijalankan secara aman.
KEBIMBANGAN RAMAI: Seorang penunjuk perasaan di New York mengangkat sepanduk semasa tunjuk perasaan "Black Lives Matter" susulan kematian seorang warga berkulit hitam, Encik George Floyd, semasa ditahan sepasukan empat anggota polis di Minneapolis, pada 25 Mei lalu. Mayor New York, Encik Bill de Blasio, hari ini mengisytiharkan perintah berkurung dari 11 malam hingga 5 pagi bagi menghentikan keganasan yang berpunca dari tunjuk perasaan yang dijalankan secara aman. - - Foto: AFP

WASHINGTON: Pakar menjangkakan siri protes yang berlaku di Amerika Syarikat boleh menyebabkan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 di negara itu. Laman berita Astro Awani melaporkan, pakar Kesihatan Universiti George Washington, Profesor Dr Leana Wen, merujuk kepada keadaan penunjuk perasaan yang menjerit dan bersesak-sesak. "Mereka berada di luar bangunan, jadi ini akan mengurangkan satu risiko. Namun orang ramai menjerit dan mereka sangat beremosi. "Orang akan berkumpul di tempat yang sempit. Mereka berkumpul untuk tempoh yang lama dan sekali lagi, mereka patut nilai risiko mereka," katanya.

Jelasnya, paling penting adalah mereka memakai pelitup muka fabrik atau sebarang penutup muka.

"Pastikan mereka tutup mulut dan hidung, ini penting.

"Jika mereka ingin membuka topeng muka ini, mereka harus lakukannya dengan berhati-hati agar tidak mencemari topeng ini dan membersihkan tangan selepas itu," jelasnya.

Pakar itu juga menggesa penunjuk perasaan menyimpan diari di mana mereka berada.

"Ini akan memudahkan proses kenal pasti kontak rapat. Mereka boleh mencatatkan di mana mereka berada dan jika ada yang diuji positif Covid-19, mereka juga berpotensi untuk dijangkiti.

"Jika ada berlaku peningkatan kes, ia hanya akan diketahui selepas dua minggu," ujarnya.

Dalam masa yang sama, pelbagai pemimpin turut menggesa penunjuk perasaan tenang dan tidak merosakkan harta benda serta premis perniagaan dalam protes menentang keganasan polis di Amerika Syarikat.

Agensi berita Reuters melaporkan, Amerika Syarikat menghadapi 1,818,626 kes jangkitan Covid-19 sejauh ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 104,992 orang telah terkorban.

Seramai 418,073 pula dilaporkan telah pulih.

Secara keseluruhannya, dunia hari ini menghadapi 6,276,956 kes jangkitan koronavirus.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara mengalami jumlah kes paling banyak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg