Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakar undang-undang: Najib mungkin dipenjara lebih singkat

Aug 25, 2022 | 3:54 PM
NAJIB TUN RAZAK. - Foto EPA-EFE
NAJIB TUN RAZAK. - Foto EPA-EFE -

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Malaysia, Najib Tun Razak, mungkin menjalani tempoh penjara yang lebih singkat berbanding hukuman penjara 12 tahun walaupun beliau tidak mendapat pengampunan, kata pakar undang-undang. Tempoh pemenjaraan ahli politik itu boleh dikurangkan sehingga empat tahun atas berkelakuan baik. Menurut peguam kanan jenayah, Encik Geethan Ram Vincent, sebagai banduan, Najib boleh menunjukkan tingkah laku baik dan dipertimbangkan bagi "pengampunan" automatik satu pertiga atau pengurangan di bawah Akta Penjara 1995 Seksyen 44 dan Peraturan 43 Peraturan-Peraturan Penjara 2000. Dia juga tidak perlu memohon keringanan kerana ia akan menjadi pertimbangan automatik oleh pihak berkuasa penjara, tambah Encik Geethan. Najib kini menjalani hukuman penjara setelah Mahkamah Persekutuan pada Selasa lalu (23 Ogos) mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Namun, Najib boleh berdepan hukuman tambahan penjara jika gagal membayar denda RM210 juta ($65.2 juta) yang dikenakan ke atasnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg