Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakatan Harapan beri layanan saksama kepada Sabah, Sarawak

Nov 15, 2022 | 5:30 AM
IKRAR: Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memberi layanan saksama kepada semua negeri, walaupun mereka diwakili parti politik yang lain. - Foto fail
IKRAR: Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memberi layanan saksama kepada semua negeri, walaupun mereka diwakili parti politik yang lain. - Foto fail -

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Anthony Loke berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memberi layanan saksama kepada semua negeri, walaupun mereka diwakili parti politik yang lain.

Ini termasuk memberi penghormatan yang saksama kepada Sabah dan Sarawak, ujar Encik Loke, yang akan bertanding untuk mempertahankan kerusi parlimen di Seremban, Negeri Sembilan, di Pilihan Raya Umum ke-15 ini.

"Jika PH menubuhkan kerajaan, kami akan bekerjasama dengan kerajaan negeri... kami tidak akan mengenakan penalti ke atas mereka, sebagaimana yang dilakukan Barisan Nasional, kepada kerajaan negeri yang ditubuhkan pembangkang. Kami akan hormati kuasa dan hak kerajaan negeri... kami tidak akan mengadang hak atau pandangan mereka," kata beliau.

Encik Loke berkata pihaknya telah mengatakan dengan jelas komitmen kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk mengembalikan dan memberikan kepada negeri-negeri itu yang tertera dalam Perlembagaan dan undang-undang.

Beliau berkata Sarawak dan Sabah masing-masing akan meraih manfaat daripada kerajaan PH, yang telah memberi komitmen terhadap MA63.

"Bagi Sabah dan Sarawak, memilih kerajaan PH adalah keadaan menang-menang. Anda kini mempunyai kerajaan negeri tapi jika memilih kerajaan PH, pertama sekali, kami akan mempercepat pemulihan MA63 dan menghormati kerajaan yang sedia ada, walaupun kita wakili parti berlainan.Sebaik sahaja kami dipilih sebagai kerajaan federal, kami akan bekerjasama... dan memberi komitmen," kata beliau.

Encik Loke akur kededua Sabah dan Sarawak adalah tempat yang akan menjadi gelanggang persaingan sengit. Namun beliau berharap dapat mengekalkan sokongan di kawasan bandar.

"Ini adalah pilihan raya umum di peringkat federal... justeru sentimen adalah berlainan apabila memilih kerajaan federal," kata Encik Lok.

Ditanya mengenai gabungan parti yang lebih disukai untuk menubuhkan kerajaan federal - jika PH tidak majoriti mudah di PRU15 - Encik Loke berkata pihaknya memberi tumpuan kepada usaha memenangi 112 kerusi yang diperlukan.

"Justeru, undi di Sabah dan Sarawak begitu penting bagi kita... dan kita memberi tumpuan kepada dua negeri ini dalam kempen. Undi di sini penting untuk memastikan kita boleh menubuhkan kerajaan atau tidak. 20 kerusi dari Sarawak dan Sabah boleh membantu kita berbuat demikian, " kata beliau. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg