Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakistan anggar kemusnahan banjir lebihi $14b, harapkan bantuan dunia

Aug 31, 2022 | 05:30 AM



ISLAMABAD: Anggaran awal kemusnahan akibat banjir terburuk di Pakistan baru-baru ini melebihi AS$10 bilion ($14 bilion).



Sehubungan itu, Menteri Pembangunan dan Perancangan, Encik Ahsan Iqbal, mengharapkan bantuan dunia untuk membangunkan semula negara Asia Selatan itu daripada bencana alam terburuk yang pernah disaksikan disebabkan kesan perubahan iklim angkara perbuatan manusia.



Banjir kilat disebabkan hujan monsun yang tidak pernah berlaku sebelum ini merosakkan jalan raya, tanaman, infrastruktur dan jambatan, selain kira-kira 1,000 mangsa terkorban serta menjejas kehidupan lebih 33 juta penduduk.



Encik Iqbal turut menyifatkan tragedi itu sebagai bencana kemanusiaan yang disebabkan oleh perubahan iklim pada kadar epik, angkara perbuatan manusia sendiri.



"Saya fikir ia akan menjadi lebih besar. Setakat ini, anggaran awal (kemusnahan) sudah besar... ia lebih tinggi daripada AS$10 bilion. Setakat ini kita sudah kehilangan 1,000 jiwa.



"Hampir sejuta rumah mengalami kerosakan. Orang ramai sebenarnya sudah kehilangan mata pencarian sepenuhnya," katanya dalam satu temu bual.



Encik Iqbal menyifatkan banjir baru-baru ini yang paling teruk di Pakistan berbanding 2010, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga turut mengeluarkan rayuan bencana untuk membantu negara itu.



Katanya, mereka mungkin mengambil masa lima tahun untuk membina semula dan memulihkan negara, sementara dalam tempoh terdekat ini perlu terus bergelut dengan masalah kekurangan makanan yang kritikal.



Bagi menangani kesan musibah itu, Menteri Kewangan Pakistan, Encik Miftah Ismail, berkata negaranya boleh mempertimbang untuk mengimport sayur-sayuran dari India, walaupun hubungan dua hala agak tegang sekarang.



"Kami boleh mempertimbangkan untuk mengimport sayur-sayuran dari India," kata Encik Ismail kepada Geo News TV, sambil menambah sumber dari negara lain termasuk Turkey dan Iran.



Harga makanan sudah pun melambung berikutan banyak tanaman yang turut ditenggelami air serta jalan tidak dapat dilalui.



Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, turut menzahirkan rasa sedih di atas kemusnahan yang berlaku akibat banjir.



Encik Iqbal berkata, dunia bertanggungjawab terhadap apa yang dialami Pakistan, yang menjadi mangsa perubahan iklim disebabkan pembangunan dunia maju yang tidak terkawal.



"Jejak karbon kami adalah yang paling rendah di dunia. Justeru, masyarakat antarabangsa bertanggungjawab untuk membantu kami, menaik taraf infrastruktur kami.



"Dan menjadikan infrastruktur kami lebih berdaya tahan terhadap iklim supaya kami tidak mengalami kerugian sedemikian setiap tiga, empat atau lima tahun.



"Kawasan yang dahulunya menerima hujan tidak menerima taburan hujan dan kawasan yang dahulunya menerima hujan sangat sederhana kini menerima hujan yang sangat lebat," katanya.



Tambah Encik Iqbal, 45 peratus daripada tanaman kapas dihanyutkan selain penyemaian gandum di selatan Pakistan juga terjejas, ekoran kawasan luas itu ditenggelami air banjir, di samping kerosakan teruk pada sawah serta ladang tanaman sayuran dan buah-buahan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >