Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakistan bubar Parlimen, beri laluan Pilihan Raya Umum

Apr 03, 2022 | 06:44 PM



ISLAMABAD: Presiden Pakistan, Dr Arif Alvi, membubarkan Parlimen bagi memberi laluan untuk pilihan raya umum diadakan di negara itu.



Agensi berita Al Jazeera melaporkan, pembubaran itu dilakukan atas nasihat Perdana Menteri, Encik Imran Khan, sekali gus menggagalkan usaha pembangkang untuk menyingkirkan pemimpin tersebut daripada jawatan tertinggi itu.



“Presiden Pakistan, Dr. Arif Alvi, perkenan nasihat Perdana Menteri,” jelas kenyataan dari pejabat pemimpin itu.



Kenyataan itu juga bermakna pilihan raya baru harus diadakan dalam tempoh 90 hari.



Langkah itu diambil selepas Timbalan Speaker Parlimen menolak usul undi tidak percaya terhadap Encik Imran dengan menyifatkannya sebagai `tidak berperlembagaan’.



Terdahulu, Encik Imran dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen menggesa Parlimen dibubarkan dengan segera memandangkan terdapat campur tangan yang `tidak boleh diterima’ dalam institusi demokrasi Pakistan.



Katanya, kerajaan sementara perlu ditubuhkan untuk mengadakan pilihan raya umum.



Sebelum ini, Encik Imran pernah mendakwa wujudnya `konspirasi asing’ di sebalik usul undi tidak percaya terhadap beliau dalam usaha menjatuhkan kerajaan pimpinannya.



Bulan lalu, pakatan parti pembangkang mengemukakan usul terhadap Encik Imran selepas mendakwa pemimpin itu kehilangan majoriti susulan beberapa ahli parti pimpinannya, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) berpaling tadah.



Pakatan parti pembangkang menuduh kerajaan pimpinan Encik Imran mengamalkan rasuah dan mendakwa beliau melakukan salah urus ekonomi di tengah-tengah krisis ekonomi yang semakin memuncak.



Sementara itu, Menteri Penerangan Pakistan, Encik Farrukh Habib berkata, Pakistan akan mengadakan pilihan raya baru dalam tempoh 90 hari.



Beliau membuat keputusan itu dalam satu ciapan di Twitter namun keputusan muktamad akan diumumkan oleh Presiden dan Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan. – Agensi Berita/Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >