Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Pakistan dilanda cuaca panas

May 22, 2023 | 05:17 PM

KARACHI: Jabatan Meteorologi Pakistan (PMD) pada Isnin mengeluarkan amaran gelombang haba selepas mencatatkan suhu sangat panas yang tidak menunjukkan tanda reda.

Suhu harian berkemungkinan kekal melebihi suhu normal iaiatu dari 3 darjah Celcius hingga 5 darjah Celcius di kebanyakan kawasan seperti di bahagian Sindh, Punjab, Balochistan, Islamabad dan Khyber Pakhtunkhwa.

Pemerintah persekutuan dan wilayah Pakistan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurus gelombang haba yang kuat setelah suhu mencecah paras  41 darjah Celcius di Lahore; Karachi setinggi 35°C; Peshawar 39°C; Quetta 36°C; Jacobabad 49°C; Sukkur, Khairpur and Larkana 46°C.

Pakar cuaca memaklumkan bahawa suhu di Pakistan berpotensi mencecah paras tertinggi baharu dalam masa beberapa hari akan datang.

Gelombang haba menjelang musim hujan yang melanda rantau itu sejak beberapa minggu lalu dilaporkan sedikit reda sejak Pakistan mencatat suhu ekstrem.

Namun, suhu panas diramal meningkat semula lewat minggu ini, demikian amaran oleh Unit Bimbingan Global Jabatan Meteorologi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3