Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakistan rayu segerakan bantuan pinjaman bagi tangani kesan banjir

Sep 24, 2022 | 06:36 AM



NEW YORK: Perdana Menteri Pakistan, Encik Shehbaz Sharif, membuat rayuan segera bagi mendapatkan bantuan pinjaman daripada negara-negara kaya, ekoran banjir buruk gara-gara perubahan iklim yang telah mengakibatkan jutaan orang kehilangan tempat tinggal di negara Asia Selatan itu.



Pakistan mempunyai tanggungan hutang yang harus dibayar dalam masa dua bulan ini, katanya dalam satu wawancara dengan Television Bloomberg di New York.



Beliau juga berkata, pemerintahnya baru menandatangani perjanjian dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dengan "syarat yang ketat" termasuk cukai ke atas minyak dan elektrik.



Banjir telah menenggelamkan satu pertiga bahagian negara itu dan mengorbankan lebih 1,500 nyawa.



Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, telah menyeru masyarakat antarabangsa supaya membantu Pakistan dari segi kewangan kerana kerosakan akibat banjir itu sudah melebihi AS$30 bilion ($42.5 bilion).



"Kami telah memberitahu para pemimpin Eropah dan yang lainnya supaya membantu kami mendapatkan penangguhan pembayaran hutang," kata Encik Sharif dalam temuramah itu, merujuk kepada kumpulan kreditor di negara kaya.



"Kecuali kami mendapat keringanan, kami tidak akan berdaya untuk berdikari. Hampir mustahil."



Beliau menarik perhatian bahawa apa yang diminta oleh Pakistan jauh lebih kecil daripada apa yang tersedia.



Beliau juga menyatakan bahawa negara itu sedang menghadapi ancaman buruk berlakunya wabak penyakit dan lain-lain bahaya.



"Semoga Tuhan menjauhkannya... malapetaka buruk yang akan berlaku," kata Encik Sharif.



Sambil merujuk kepada sebuah nota tentang dasar PBB, akhbar Financial Times melaporkan kelmarin bahawa Pakistan harus menggantung pembayaran hutang antarabangsanya dan menyusun semula pinjaman dengan kreditor selepas kejadian banjir buruk baru-baru ini yang meruncingkan lagi krisis kewangan yang dihadapi negara itu.



Memorandum tersebut, yang akan ditunjukkan kepada pemerintah Pakistan oleh Rancangan Pembangunan PBB minggu ini, menyebut bahawa pemiutang harus menimbangkan untuk memberi kelonggaran supaya penguasa negara itu dapat mengatur keutamaan bagi perbelanjaan menghadapi bencana dan membayar semula hutang mereka, lapor akhbar itu lagi.



Memorandum itu selanjutnya mencadangkan supaya dibuat penyusunan semula atau memindahkan hutang negara itu jika Pakistan bersetuju untuk melaburkannya bagi projek-projek imbangi kesan perubahan iklim.



Pada Ogos lalu, Pakistan telah mendapatkan pinjaman bernilai AS$1.1 bilion daripada IMF bagi mengelakkannya daripada gagal membayar hutang kerana negara itu dilanda kekacauan politik yang mengancam ekonominya.



IMF juga telah menambah nilai pakej bantuannya menjadi AS$6.5 bilion.- Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >